商品资料:
Description
内容简介
Selain menikmati bayu laut di tepi pantai, kita juga boleh melakukan aktiviti memancing, berenang dan berkelah. Tapi kamu tahu tak? Setiap pantai di dunia ni pasti pernah wujud peristiwa meragut nyawa. Disebabkan itu, roh-roh hantu tidak henti berkeliaran di sekitar pantai untuk mencari pengganti. Tak percaya? Tak bermakna ia tak wujud, bacalah 'Aku Dengat Kat Tepi Pantai Ada...' untuk kamu rasa kehadiran 'mereka' sendiri!
Chang Lip Wei Berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Berminat dalam proses penghasilan komik. Berkerja sebagai artis komik sambilan di Art Square bermula dari tahun 2014. Kini terlibat dalam siri 'Fail X-SENTRIK' dan 'X-VENTURE Dinosaur Kingdom Titans Collection'. JACKEE LIEW Selain mempunyai bakat melukis, beliau juga memiliki daya imaginasi yang tinggi. Pemikirannya penuh dengan idea hebat. Terlibat dengan siri 'Fail X-SENTRIK' dan 'X-VENTURE Dinosaur Kingdom Titans Collection' dalam kreativiti dan pewarnaan. AHLI-AHLI LAIN Terlibat dalam penceritaan komik, papan cerita, drafting, inking, pewarnaan, pemodelan karakter, reka bentuk latar belakang dan ilustrasi.