商品资料:
Description
内容简介
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur merupakan suatu kefahaman yang perlu difahami oleh umat Islam pada zaman globalisasi ini, juga capaian maklumat tanpa sempadan dan kecelaruan yang tidak ketahuan. Agama Islam bersifat suci lagi murni mengajar penganutnya untuk memahami pembentukan negara berlandaskan nas dan dalil yang telah disyariatkan.
DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI dilahirkan di Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Madinah dalam bidang syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama besar di Madinah. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana (Master) di Syria, seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (sejak 2000) dan Terengganu (sejak 2005) dan Pengerusi Majlis Syariah Bank Pertanian Malaysia (sejak 2006).
文章试读
Buku Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur: Negara Sejahtera Rahmat Untuk Semua membicarakan secara mudah supaya umat Islam tidak sewenang-wenangnya ditipu dan tidak bercelaru pemikiran, juga kefahaman serta menjadi rakyat yang baik dalam pembikinan negara ke arah yang lebih baik dan sejahtera.