商品资料:
Description
内容简介
Sebuah kerajaan Islam yang adil ialah kerajaan yang mana para pemimpin dan pegawai tadbir agensinya terdiri daripada orang Islam yang beriltizam dengan Islam dalam diri mereka. Seluruh dasar-dasarnya disediakan berdasarkan Islam. Kerajaan ini berusaha melaksanakan Islam di dalam dan di luar negerinya. Sikap atau pendirian dalam atau luar negeri adalah Islam, patuh secara mutlak kepada hukum Allah SWT. Matlamatnya sama ada di dalam atau di luar negeri adalah semata-mata untuk Islam manakala syiarnya ialah menegakkan kerajaan agama Allah SWT, menyatukan ummah, menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, memenangkan syariat Allah SWT dan berjihad pada jalan Allah sehingga kalimah Allah SWT menjadi tertinggi di dunia. Begitulah menurut Syeikh Said Hawwa.
DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI dilahirkan di Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Madinah dalam bidang syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama besar di Madinah. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana (Master) di Syria, seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (sejak 2000) dan Terengganu (sejak 2005) dan Pengerusi Majlis Syariah Bank Pertanian Malaysia (sejak 2006).
文章试读
Buku pemimpin yang Adil ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam memahami Fiqh Politik Islam yang dibahaskan oleh tokoh ilmuan Islam sejak dahulu lagi. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah mengenai Nasihat Hassan al-Basri Kepada Umar bin Abdul Aziz, Kedudukan Pemimpin yang Adil, Pemerintah dan Kerajaan, Sifat Pemimpin yang Baik dan banyak lagi.