商品资料:
Description
内容简介
Buku Al-Kafi dan Tatmim Al-Kafi syarah Hadis 40 oleh Imam Al-Nawawi dan Ibn Rajab Al-Hanbali. Kitab ini merangkumi 50 hadis yang terdiri daripada 42 Hadis oleh Imam Nawawi dan 8 Hadis oleh Ibn Rajab Al-Hanbali. Gabungan dua kitab memberikan satu kesempurnaan dalam kehidupan manusia yang merangkumi setiap aspek. Bermula dengan hadis berkaitan Niat oleh Amirul Mukminin Abi Hafs Umar bin Al-Khattab R.A dan berakhir dengan hadis Zikir Kepada Allah SWT. Daripada Abdullah Bin Busr beliau berkata: Maksudnya telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat islam itu terasa banyak bagiku, maka (ajarilah aku) satu bab (ilmu) yang aku akan berpegang teguh dengannya? Rasulullah menjawab: Hendaknya lisanmu terus menerus Berzikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Riwayat Ahmad
DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI dilahirkan di Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Madinah dalam bidang syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama besar di Madinah. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana (Master) di Syria, seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (sejak 2000) dan Terengganu (sejak 2005) dan Pengerusi Majlis Syariah Bank Pertanian Malaysia (sejak 2006).
文章试读
Imam Nawawi Rahimullah adalah salah seorang cendekiawan Islam yang terulung dan merupakan pendokong besar dalam Mazhab Syafie. Beliau dikenali dengan pelbagai tulisan yang bermutu dan bernilai tinggi. Kebanyakan hasil karyanya yang bermutuu dan bernilai tinggi telah menyumbang banyak manfaat dan kefahaman mengenai agama kepada masyarakat sejak dari zamannya sehingga ke hari ini. Antara karyanya yang sering dibaca dan diajarkan adalah Hadis 40. Antara keistimewaan kitab ini ialah: -Ia merangkumi semua hadis berkaitan kehidupan manusia. -Hadis-hadisnya pula menjadi asas kepada kaedah agama yang penting. -Ramainya yang mensyarahkan hadis ini -Kitab ini menjadi kitab yang amat masyhur di kalangan ulama dan orang awam di segenap pelusuk dunia. -Kitab ini dipelajari lapisan masyarakat Amat sesuai setiap Baitul Muslim memiliki karya penulisan yang bernilai ini untuk dapat melayari bahtera kehidupan berkeluarga dengan jayanya.