商品资料:
Description
内容简介
Takumi Nawfal Rainnes, seorang jejaka kacukan Jepun-Inggeris (ayahnya) dan Melayu (ibunya). Keluarganya amat dihormati dan dicintai. Bersama imej keseluruhan yang solid gold. Segala galanya serba cukup untuk Takumi Nawfal dan abang kandungnya Hero Iman Rainnes. . Sehingga suatu ketika, Nawfal terpaksa pindah ke London untuk menguruskan perusahaan ayahnya di sana. Beberapa bulan di London, Nawfal dikejutkan dengan peristiwa yang amat menyedihkan berlaku di tanah air. Jiwa dan hatinya remuk. Perjalanan hidupnya diteruskan dengan pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi. Apakah Nawfal dapat mengubat luka lama yang tidak pernah terhapus dan sekarang menambah luka yang baru dengan kerumitan yang berbeza? Dapatkah Nawfal menjumpai apa yang diinginkan selama ini? Atau menerima sahaja semua yang sudah terhidang di depan mata. Kisah perjalanan hidup Takumi Nawfal, abangnya dan juga teman baiknya sendiri. Tentang cinta dan hidup yang terawal sebelum pada waktunya.