商品资料:
Description
内容简介
Kita dituntut untuk sentiasa berusaha dalam setiap urusan kehidupan. Sebagai Muslim, usaha dan ikhtiar bukanlah semata-mata kerja keras dan buah fikiran yang hebat. Namun, setiap usaha itu disandarkan kepada Allah dan diiringi dengan doa dan munajat yang ikhlas kepada-Nya. Doa dan zikir yang tidak putus serta amalan soleh juga menjadi satu bentuk usaha dan ikhtiar setiap Muslim untuk mendapatkan hajat dan matlamat di dunia juga akhirat. Apalagi jika bacaan-bacaan itu daripada Al-Qur’an yang mulia, diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan diamalkan juga oleh orang soleh terdahulu. Naskhah ini menghimpunkan amalan-amalan dan bacaan-bacaan ayat dan surah Al-Qur’an daripada Rasulullah SAW, para Sahabat dan ulama terdahulu untuk urusan dunia dan akhirat.