商品资料:
Description
内容简介
Indah dan Haris. Hidup mereka berbekalkan rahsia silam yang menyakitkan. Harga diri Indah diragut tanpa rela. Jiwa Haris mati akibat kecurangan tunang tersayang. Takdir Tuhan menemukan mereka. Hati Haris tidak menentu. Jiwa Indah menjadi resah. Titisan cinta mula membasahi hati yang sekian lama kering tanpa rasa. Lantas, janji diukir. “Abang janji takkan tinggalkan Indah walau apa pun yang terjadi? Abang akan terima Indah walau siapa pun Indah?”~Indah “Setiap orang ada kisah lalu. Cukuplah Indah setia di sisi abang hingga ke akhir usia abang.”~Haris Bahagia disemai bersama sebuah janji. Namun dengki dan iri hati masih mengekori kisah cinta mereka. Kepercayaan dan janji lebur dalam sekelip mata, relai bersama fitnah yang dijaja. “Abang tak sangka, Indah juga sama macam Ati. Sama-sama menyakitkan hati abang. Kotor!”~Haris Sekali lagi maruah Indah menjadi taruhan, diletakkan di tempat yang paling bawah. “Indah merayu, tolong kesiankan Indah dan mak Indah untuk sekali ni saja. Cukup tempoh tu nanti, Indah sendiri yang akan pergi dari hidup abang. Sejauh yang Indah mampu.”~Indah Sanggupkah Haris membiarkan Indah berterusan merayu serta menagih ihsannya? Tegakah dia melihat air mata yang mengalir di pipi Indah? Mulut berkata benci tapi kenapa di dalam sana, hanya rasa sakit yang muncul? Cinta mereka diuji. Adakah bahagia untuk mereka?