商品资料:
Description
内容简介
Takdir itulah yang membakar rentung kasih kita hingga ke urat nadi. Pusaran takdir menguji nilai kesetiaan. Hukuman sangkala mengukur sebuah kebahagian. Tanpa disangka perpisahan yang terjadi kerana ego menjadi gendala paling berkuasa. Hubungan cinta Ahmad Izhan dan Ayla Marlya terhalang oleh orang tua yangmemiliki fahaman politik yang berbeza. Izhan akhirnya membawa hati ke USA dan menjadi perisik CIA selama berbelas tahun. “Jangan mengalah kepada takdir. Kebahagiaan itu pilihan. Kalau kita nak bahagia, kita pilihlah untuk bahagia. Dan… bahagia kita, bukan terletak kepada persepsi orang lain.” - AHMAD IZHAN Bertahankah prinsip seorang wanita yang dilimpahi kasih cinta dan dibelai sempurna tanpa membalas tulus ikhlas sang perindu yang memujanya? “Perpisahan atas pilihannya inilah yang membuatkan aku tidak mampu bertahan walau direnjis gerimis sekalipun “-AYLA MARLYA- Masihkah ampuh ego seorang lelaki hingga tega melepaskan ikatan hanya kerana mahu mencuci dosa sendiri? Atau sekadar melepaskan rasa bersalah dalam diri? “Waktu mungkin boleh merawat segalanya, tapi waktu tidak akan mampu membuatkan manusia lupa kepada kesakitan masa lalunya” - AHMAD DANIEL Siapakah pilihan Ayla Marlya akhirnya? Lelaki yang sesudah meninggalkannya berkali-kali, atau lelaki yang sudah berulang-ulang melukakan hati? Mampukah kesetiaan diperjuangkan merentasi ujian waktu hingga ke titik penghabisan? Ibarat kayu yang baru hendak berkenalan dengan api, tanpa disedari, kita sudah menjadi abu. Membakar rentung dan dunia menyaksikan, siapakah yang menang dalam membentuk kasih yang sejati.