商品资料:
Description
内容简介
ZAHARAH, seorang gadis Melayu yang sangat sederhana. Masih seorang pelajar dan punya kefahaman yang terlalu cetek tentang kehidupan. JULIEN, seorang lelaki Perancis yang sudah lebih dewasa, bekerjaya, cerdik dan berjaya, DAN sangat kacak. Dunia mereka bertembung pada satu pagi di pertengahan bulan Februari tahun 2004. Mata HITAM Zaharah bertaut dengan mata BIRU Julien dan hatinya berbisik... "Matanya sangat Biru seperti laut, seolah-olah aku boleh berenang di dalamnya..." Cinta pertama Zaharah, bolehkah ianya bertahan dengan rintangan budaya dan agama yang berbeza? Mungkinkah cinta pertama ini menjadi cinta yang selama-lamanya?