商品资料:
Description
内容简介
Kecewa apabila gadis idaman dimiliki abang tiri sendiri, tubuh sahabatnya telah menjadi korban. Amsyar melafazkan akad nikah buat Diandra bukan kerana cinta, tetapi kerana tanggungjawab. “Jangan gugurkan! Biar perkahwinan ini diteruskan.” - Amsyar Disebabkan cinta dan sayang yang menggunung terhadap Amsyar, Diandra nekad untuk terus meraih cinta lelaki itu. Walaupun di dalam hati Amsyar penuh dengan nama Ariana. “I betul-betul sayangkan you. Kalau you nak I ubah penampilan dan perangai macam Ari pun, I sanggup.” - Diandra Namun cinta yang baru berputik dan bahagia yang baru dikecapi mula diuji, kepercayaan di antara mereka telah terobek dan sukar diselamatkan. Semua yang terjadi hanya kerana salah faham. “Selangkah Dian pergi bawa Dhea keluar dari rumah ni, maka jatuhlah talak satu.” - Amsyar “You penyebab semua ini terjadi. You penyebab anak I mati!” - Diandra Tetapi bukan itu saja puncanya. Rupa-rupanya Diandra mempunyai rahsia besar yang cuba dia sembunyikan. Demi kebahagiaan Amsyar, dia sanggup berkorban segalanya. Tanpa Diandra ketahui, Amsyar juga melakukan perkara yang sama. “Abang rindukan semua itu. Tak boleh ke sayang bagi abang peluang kedua?” - Amsyar Sampai bilakah Diandra mahu terus menyembunyikan rahsianya? Berjayakah Amsyar mencari Diandra demi cinta setelah semuanya terbongkar? Ataupun perkahwinan ini hanya mampu bertahan sampai separuh jalan sahaja?