商品资料:
Description
内容简介
Ungku Aziz Bin Ungku Adam, lelaki berusia 30 tahun yang merupakan anak tunggal Dato’ Ungku Adam dan Datin Ida. Sejak di bangku sekolah lagi, Aziz memasang impian melancong seluruh dunia. Tetapi impian Aziz ditentang Datin Ida kerana Datin Ida mahu Aziz menolong dia menguruskan empayer perniagaan mereka selepas kematian suaminya Dato’ Ungku Adam. Aziz membuat perjanjian dengan ibunya sekiranya membenarkan Aziz melancong ke luar negara selama tiga tahun, selepas itu Aziz akan mengalih perniagaan keluarga dia selama-lamanya. Datin Ida setuju dengan perjanjian itu. Selepas tiga tahun, Aziz mungkir janji dan tidak pulang. Ini menaikkan kemarahan Datin Ida. Hampir empat tahun, Aziz pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan sesiapa. Niat Aziz ingin mengembara di tanah airnya sendiri. Namun tibanya di Pulau Aman, Aziz diculik oleh kumpulan yang tak dikenali. Ketua kumpulan penculik itu seorang perempuan dan beritahu yang Aziz berhutang dengan bos dia. Aziz terkejut kerana Aziz tak pernah berhutang dengan sesiapa pun sebelum. Kehadiran bos penculik itu mengejutkan Aziz. Datin Ida datang dengan wajah berang. Perempuan tadi rupa-rupanya PA Datin Ida bernama Diana. Tanpa rela, Aziz pulang ke rumah di Pulau Pinang. Kepulangan Aziz disambut oleh Mak Eton dan Pak Atan, orang gaji yang sudah lama bekerja dengan keluarga Aziz. Baru saja pulang, Aziz sudah dipaksa bekerja di AB Group dengan memegang jawatan sebagai Managing Director dibantu oleh Azhar, anak Mak Eton dan Pak Atan. Diana pulak dilantik menjadi PA Aziz sementara waktu dengan tujuan mengajar Aziz tentang selok belok perniagaan. Aziz menentang sekeras-kerasnya Diana menjadi PA dia. Aziz tak menyukai Diana sejak pertama kali mereka berdua berjumpa. Lebih mengejutkan lagi apabila Aziz mendapat tahu yang Diana tinggal serumah bersama Datin Ida selama 3 tahun. Aziz kurang selesa dengan kewujudan Diana di dalam rumahnya. Perangai Diana yang dingin dan tidak bergaul dengan orang tidak disenangi oleh Aziz malah identiti Diana begitu misteri. Yang buat Aziz geram apabila Datin Ida sering membela Diana termasuklah Mak Eton, Pak Atan dan Azhar. Hari pertama, Aziz menjejakkan kaki di AB Group. Aziz dapat merasakan kehadirannya tak disenangi oleh beberapa orang ahli lembaga pengarah termasuklah Datin Annisa, sepupu ayahnya. Yang paling buat Aziz rimas apabila terpaksa menghadap perangai anak Datin Annisa, Adriana yang sukakan Aziz dari dulu. Di tempat kerja, Aziz langsung tak memberikan tumpuan. Hakikatnya Aziz tiada hati berkerja di situ. Identiti Diana masih menjadi tanda tanya bagi Aziz. Azhar bercerita pasal Datin Ida membawa balik Diana secara tiba-tiba tiga tahun. Diana mengurungkan diri di dalam balik dan tak bercakap dengan sesiapa pun. Yang Azhar tahu yang Datin Ida dan ibu Diana kawan baik. Hanya sepupu Diana, Jelita yang melawat Diana. Maklumat yang lain pasal Diana, Azhar memang tak tahu malah Datin Ida, Mak Eton dan Pak Atan sepertinya menyimpan rahsia mengenai Diana. Aziz cuba bertanya mengenai Diana pada Datin Ida tetapi Datin Ida memberi amaran supaya tak masuk campur mengenai hal Diana. Sejak itu, Aziz mula syak ada sesuatu tak kena mengenai Diana. Di tempat kerja, Aziz melihat perangai Diana yang suka membuli pekerjapekerja AB Group. Apabila ditegur, Diana memarahi Aziz semula. Aziz tak dapat menahan lagi sabar dan terus mengadu perangai Diana pada Datin Ida tetapi Datin Ida tak percaya apa yang Aziz cerita. Ini menyebabkan Aziz dan Datin Ida bergaduh besar. Aziz kecewa kerana Datin Ida lebih mempercayai orang luar dari anak sendiri. Lebih bengang lagi apabila Datin Ida memperlekehkan impian dia membuka syarikat pelancongan sendiri. Melihat pergaduhan antara Aziz dan Datin Ida, Datin Annisa mengambil mendekati Aziz. Sejak dulu lagi Datin Annisa berdendam dengan Datin Ida terutama sekali Ungku Abdullah, bapa Ungku Adam. Datin Annisa mencintai sepupunya Ungku Adam sejak kecil lagi namun Ungku Adam menolak cintanya dan menganggap Datin Annisa sebagai adik. Yang buat Datin Annisa marah apabila Ungku Abdullah meminang Datin Ida untuk dijadikan isteri Ungku Adam semata-mata tak mahu Datin Annisa mengganggu hidup Ungku Adam lagi. Datin Annisa berdendam dengan Ungku Abdullah dan Datin Ida malah bersumpah akan menghancurkan AB Group. Tawaran Datin Annisa menarik minat Aziz. Lagipun ini satu-satu peluang untuk Aziz buktikan pada Datin Ida yang dia mampu menguruskan perniagaan sendiri tanpa memerlukan bantuan dari Datin Ida. Pada mulanya Aziz ragu-ragu dengan tawaran Datin Annisa yang ingin membeli saham Aziz dalam AB Group namun demi membuktikan pada Datin Ida , Aziz bersetuju dengan tawaran Datin Annisa. Manakala Datin Ida kena serangan jantung selepas mendapat tahu Aziz menjual saham syarikat pada Datin Annisa. Datin Ida masih dalam kritikal dan Aziz terkejut apabila mendapat tahu yang Datin Ida menghidapi penyakit jantung selama ini. Sebab itulah Datin Ida mahu Aziz belajar selok belok perniagaan dan mengambil alih tempat Datin Ida. Aziz rasa bersalah kerana terus ikutkan perasaan sendiri. Datin Annisa mengambil peluang untuk menyingkirkan Datin Ida dari AB Group. Selepas mendapat tahu rancangan Datin Annisa, Aziz rasa bodoh kerana percayakan Datin Annisa. Mujurlah hari itu Diana sempat menghalang Aziz dari menjual saham syarikat kepada Datin Annisa. Kerana bengang, Aziz memberi amaran pada Datin Annisa supaya rancangan menyingkirkan Datin Ida dari jawatan CEO dibatalkan. Namun amaran Aziz tak diendahkan oleh Datin Annisa. Pada hari mesyuarat ahli lembaga pengarah, tiada sesiapa pun yang hadir kecuali Datin Annisa. Ini menimbulkan kemarahan Datin Annisa kerana rancangannya gagal. Aziz memastikan tiada sesiapa pun hadir mesyuarat ahli lembaga pengarah. Selepas apa yang berlaku pada Datin Ida, Aziz bersungguhsungguh berkerja di AB Group. Aziz berjanji melindungi syarikat keluarganya dari Datin Annisa. Datin Ida memaafkan Aziz selepas Diana menceritakan hal sebenar pada Datin Ida malah Datin Ida setuju menjalani pembedahan jantung. Selepas sedar dari pembedahan, Datin Ida ingin melantik Aziz menjadi acting CEO menggantikan tempat Datin Ida sementara waktu. Datin Annisa berang selepas mendapat tahu dan menegaskan yang orang yang layak memegang jawatan itu adalah Datin Annisa. Salah faham antara Aziz dan Diana terlerai apabila Aziz mengetahui yang Diana sebenarnya mempertahankan pekerja AB group yang dibuli. Aziz menegur Diana supaya tidak mendiamkan diri dan menjelaskan setiap apa yang berlaku untuk mengelakkan salah faham tetapi Diana langsung tak peduli dengan teguran Aziz. Datin Annisa memulakan rancangan memusnahkan AB Group namun rancangan itu didengari Adriana. Kerana bimbang, Adriana menasihatkan Datin Annisa supaya membatalkan rancangan itu tetapi Datin Annisa tak setuju. Adriana mengugut Datin Annisa untuk beritahu Aziz. Ugutan Adriana buat Datin Annisa berang dan terus mengurung Adriana agar rancangan berjalan dengan lancar. Adriana dapat meloloskan diri dan beritahu Aziz mengenai rancangan ibunya. Kemudian Datin Annisa ditangkap polis. Pertemuan Diana semula dengan Tengku Syafiq mengundang masalah baru. Tengku Syafiq bekas tunang Diana. Di hari pernikahan mereka, ibu bapa Tengku Syafiq datang dan menghentikan pernikahan mereka. Diana terkejut apabila mendapat tahu yang Tengku Syafiq sebenarnya sudah berkahwin dengan Raja Mardiyah. Bapa Diana, Pak Naim kena serangan jantung kerana terkejut dengan apa yang berlaku. Pak Naim meninggal dunia dan Diana sekeluarga mendapat malu selepas pernikahan itu dibatalkan. Manakala Tengku Syafiq menghilang diri dan berhijrah ke luar negara bersama Raja Mardiyah. Diana pulak ditinggalkan begitu saja tanpa penjelasan. Ibu Diana, Mak Eja tidak dapat menerima pemergian suaminya secara tiba-tiba. Mak Eja menyalahkan Diana atas apa yang berlaku dan menghalau Diana dari rumah malah tidak mengaku Diana sebagai anak. Kerana kasihankan Diana, Datin Ida membawa Diana pulang ke rumahnya dan menganggap Diana seperti anaknya sendiri. Selepas dituduh pembunuh oleh ibunya sendiri, Diana menyalahkan dirinya. Diana berubah menjadi pendiam, pemarah dan lebih suka menyendiri. Selepas bertemu semula dengan Diana, Tengku Syafiq rasa bersalah selepas mendapat tahu apa sebenarnya terjadi pada Diana. Tengku Syafiq buat keputusan untuk meraih cinta Diana semula. Tengku Syafiq masih mencintai Diana walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin dengan Raja Mardiyah. Tengku Syafiq kerap mengganggu Diana dan ini menimbulkan kemarahan Raja Mardiyah. Aziz berjumpa dengan Datin Ida dan mahu mendengar hal sebenar mengenai Diana dari mulut ibunya selepas Raja Mardiyah datang berjumpa Aziz dan Raja Mardiyah mahu Aziz memecat Diana. Datin Ida setuju bercerita pasal Diana pada Aziz dengan harapan Aziz dapat melindungi Diana dari Tengku Syafiq dan Raja Mardiyah. Selepas mendengar cerita Datin Ida, Aziz memberi amaran pada Tengku Syafiq dan Raja Mardiyah supaya tak mengganggu Diana lagi. Dalam masa yang sama, Aziz mula ambil berat pasal Diana. Kerana cemburu melihat Diana dan Aziz, Tengku Syafiq tetap tidak putus asa untuk memujuk Diana supaya setuju berkahwin dengannya. Kemarahan dan kebencian Raja Mardiyah semakin mendalam apabila Tengku Syafiq menceraikan Raja Mardiyah semata-mata ingin berkahwin dengan Diana. Kerana gagal memujuk Diana mengahwini dia, Tengku Syafiq pergi ke kampung Diana untuk berjumpa dengan ibu Diana dengan tujuan meminta izin mengahwini Diana. Kedatangan Tengku Syafiq menaikkan kemarahan Mak Eja. Segala yang berlaku masih segar di ingatan Mak Eja. Diana segera pulang ke kampung selepas mendapat tahu kedatangan Tengku Syafiq dari Jelita. Kepulangan Diana ditemani oleh Aziz. Mak Eja mengamuk apabila melihat kehadiran Diana. Akibatnya Aziz yang terkena tempiasnya. Opah Tijah iaitu nenak Diana berang dengan perangai Mak Eja selepas mencederakan Aziz. Kerana rasa bersalah dan selepas dimarahi Opah Tijah, Mak Eja menyesal. Baru saja Mak Eja dan Diana berbaik, Tengku Syafiq datang sekali lagi. Diana naik angin dan berkeras dengan keputusan tak ingin berkahwin dengan Tengku Syafiq walaupun Tengku Syafiq sudah bercerai dengan Raja Mardiyah. Dalam masa yang sama Diana menasihati Tengku Syafiq agar pulang semula ke pangkuan Raja Mardiyah dan anak. Tiba-tiba Raja Mardiyah muncul dengan wajah berang dan menikam Diana kerana cemburu. Raja Mardiyah ditangkap polis manakala keadaan Diana kritikal dan terpaksa ditempatkan ICU. Opah Tijah dan Mak Eja terkejut dengan apa yang berlaku. Aziz tak dapat maafkan Tengku Syafiq dan Raja Mardiyah. Apa yang terjadi pada Diana menyedarkan Aziz yang dirinya sudah jatuh cinta pada Diana. Selepas Diana sedar, Aziz meluahkan perasaan pada Diana. Luahan hati Aziz buatkan Diana terkejut. Aziz memberi masa untuk Diana berfikir. Dalam masa yang sama Aziz membenarkan Diana bercuti di samping itu meluangkan masa bersama keluarga Diana di kampung. Kepulangan Diana dari kampung memang dinantikan oleh Aziz. Jawapan dari Diana memang ditunggu-tunggu. Tak sangka Diana menerima menerima cintanya. Diana juga ingin mengubah sikapnya dan membuka hidup baru bersama Aziz. Diana tetap juga membantu Aziz menjadi PA walaupun mereka berdua sudah berkahwin malah Diana menyokong minat Aziz melancong. Mereka berdua bahagia bersama dua orang anak mereka.