Popular
Popular
0

购物车中共有 0个商品。 ×

您的购物车中暂时没有商品。

' derita cinta '找到 838 件相关商品
作者 Keladi
Kompilasi Keladi Tak Lapuk Dek Zaman! Spesel buat kipas-susah-mati kisah alam Nusantara, karya terunggul artis komik berbakat besar, Keladi kini menemui korang! Nak tema cinta, seram, aksi, kepahlawanan dan macam-macam lagi? Semuanya dikumpul dalam satu komik! Tak dilupakan nilai pengajaran dalam setiap ceritera yang bakal membuka mata dan buat korang menilai kehidupan dari sudut pandang berbeza. Dah bersedia untuk ke dunia Keladi? Jom, gerak sekali! AMARAN: Ilust 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

无库存

作者 August King
Komik istimewa ini didedikasikan kepada pembaca yang ingin tahu tentang dunia. Marilah bersama meneroka dan membongkar misteri alam yang belum diketahui! PATUNG BUANGAN DIRASUK ROH? SYOT LIVE 01 DIGANGGU ROH #TSUKUMOGAMI #ORANGHALIMUNAN ADA MANUSIA BERTUBUH PENDEK DI DUNIA INI? SYOT LIVE 02 PUAK MANUSIA BERTUBUH PENDEK YANG TELAH PUPUS #PUAKMANUSIAPENDEK #MANUSIAPIGMI ADAKAH BIASAN DISEBABKAN OBJEK TIDAK DIKENALI DARI DALAM LAUT? SYOT LIVE 03 BIASAN ANEH 了解更多
原价 RM 14.00

现售 RM 14.00 (-0%)

会员 RM 12.60 (-10%)

作者 Jo , Kin
Semua orang ingin mencintai dan dicintai. Namun bagi Faye, dia jadi ekstra gelabah dan tak berani bertentang mata bila berhadapan lelaki disukai. Bertemu Stonie yang kononnya boleh tolong Faye dalam misi cintanya, dia sedar impiannya tak mudah dilaksana. Adakah dia akan bertemu cinta sejati atau jadi solo selamanya? 了解更多
原价 RM 16.00

现售 RM 16.00 (-0%)

会员 RM 14.40 (-10%)

作者 Najla Adi
Naskhah Jiwa Ke Jiwa ini telah ditulis mewakili jiwa anak remaja masa kini. Buku ini bukan hanya untuk remaja itu sendiri, tetapi juga kepada ibu bapa agar dapat lebih memahami gelodak jiwa remaja sendiri. Perjalanan luahan rasa ini digarap dengan menggunakan gaya story telling. Gabungan bicara hati seorang aku terasa sangat dekat dijiwa. Banyak kisah-kisah yang berunsur nasihat agar remaja banyak menyedari hal-hal yang tidak patut dan patut dilaksanakan. Sebuah buku healing 了解更多
原价 RM 25.00

现售 RM 25.00 (-0%)

会员 RM 20.00 (-20%)

作者 Adnan Fadzil , Afiqah Yusri
Buku ini menghimpunkan mutiara hikmah daripada para ulama' tentang jiwa. Mereka terlebih dahulu mengamalkannya sebelum menasihati kita, sehingga Allah telah melimpahkan ke dalam jiwa mereka ilham untuk memahami ilmu, mengamalkan dan mengajarkannya. Buku ini mengandungi rahsia jiwa, racun dan penawar baginya, kebahagiaan bagi orang yang menjaga jiwanya, serta penderitaan bagi mereka yang mengabaikannya. Semoga titipan ini bisa membantu kamu menemukan kebahagiaan jiwa yang seda 了解更多
原价 RM 30.00

现售 RM 30.00 (-0%)

会员 RM 27.00 (-10%)

无库存

作者 Affindi
Dalam jalinan kata-kata yang mengalir lembut, terpalit coretan cinta dan bangga seorang anak terhadap ibunya. la laksana rintik hujan yang mendinginkan jiwa yang gusar akan bayang-bayang kekhuatiran terhadap kehilangan. Perasaan cinta dan kecewa bersilih ganti. Setiap halaman adalah panggilan jiwa untuk memahami kerumitan perasaan manusia, daripada seindah kasih sayang sehingga segelap ketakutan. Kelak Kuingin Memeluk Hari Ini ialah suara kehidupan yang berkobar di balik 了解更多
原价 RM 25.00

现售 RM 22.50 (-10%)

会员 RM 20.00 (-20%)

作者 Azenan
Lelaki sering kali kelihatan kukuh, tenang dan tidak mudah tersentuh. Padahal, hakikatnya mereka juga manusia - punya hati dan juga perasaan. Azenan meluahkan rasa gundah, nostalgia, gusar, rindu dan bahagia dari kaca matanya dalam mengharungi hari demi hari. Hidup yang berat ini tidak cuma dijalani, tetapi dimaknai. Kerana Laki-laki Juga Punya Hati adalah himpunan perasaan seputar cinta akan manusia, cela yang muncul daripadanya dan kasih akan alam sekeliling kita. Suara y 了解更多
原价 RM 25.00

现售 RM 22.50 (-10%)

会员 RM 20.00 (-20%)

作者 Normaliza Mahadi
Takut tak bila baca isu-isu rumah tangga yang bertebaran di media sosial? Kes cerai, kes nafkah, kes curang, kes mentua vs menantu, kes gaduh. Banyak lagilah. Kes sampai naik mahkamah pun ada. Siapa sangka mereka jadi begitu padahal mereka dahulu saling mencintai dan pernah berjanji setia sehidup semati. Mereka pernah bahagia. Tapi sekarang apa yang terjadi? Berita-berita sebegini seolah-olah menggambarkan betapa perkahwinan itu adalah satu hubungan yang banyak masalah, yan 了解更多
原价 RM 30.00

现售 RM 30.00 (-0%)

会员 RM 27.00 (-10%)

作者 Froszrine
Lahir sebagai anak luar nikah membuatkan Anna tidak dapat menerima dirinya sepenuhnya. Apatah lagi dia sering dicaci dan dihina sehingga terbitnya rasa dendam dalam diri Anna. Lalu, pelan mula dirangka. Tak ada trik lain ke nak buat? Tumpahkan minuman ke baju tu dah lapuk. Menghadiri majlis ulang tahun ayahanda dan bonda angkatnya, mempertemukan Anna dengan Irfan dan Fathur. Irfan yang baik dan Fathur yang menyakitkan hati. Irfan tak pernah serius dengan mana-mana peremp 了解更多
原价 RM 36.00

现售 RM 36.00 (-0%)

会员 RM 32.40 (-10%)

无库存

作者 Syaznixon
"Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua." Kata orang, cinta itu saling melengkapi. Itukah yang dimaksudkan bila Arjuna Nara, jejaka bisu dipertemukan dengan Embun, gadis buta? “Kalau awak ada dekat saya, awak kena ketuk dua kali macam ni. Okey?” – Embun Kemunculan Embun di teratak keluarga Arjuna Nara membuatkan jejaka itu tertanya-tanya, siapa Embun sebenarnya. Rasa ingin tahunya terhadap gad 了解更多
原价 RM 26.00

现售 RM 26.00 (-0%)

会员 RM 23.40 (-10%)

无库存

作者 Rose Harissa
Mikanadira, tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam hidupnya. Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan 21 GGK, Skuadron Uniform — 11 RGK. Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform. Tapi takdir menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia sendiri tidak sedari lelaki itu adalah orang yang sama. Orang kata cinta itu b 了解更多
原价 RM 29.00

现售 RM 29.00 (-0%)

会员 RM 26.10 (-10%)

无库存

作者 Zint
COLE VS SHAW Gegarkan Back School Colosseum! Cole, pelajar baru yang panas baran berani cari fasal dengan Shaw, jaguh terkuat sekolah legenda. Dah tiba masa diorang beradu tenaga! PUSINGAN PERTAMA, MULA! Boom, si pelajar gagah sedia mencabar pesaing cintanya, Farco di gelanggang demi merebut Julia. Ada berani ke? Bara semangat juang membuka siri terbaharu Under 18 Spirit! 了解更多
原价 RM 14.00

现售 RM 14.00 (-0%)

会员 RM 14.00 (-0%)

作者 Aimiey Rai
Hadirmu menyentuh kembali rasa yang pernah sirna. Sembuh daripada luka itu perlukan waktu. Namun, kesembuhan bukan bermakna luka tidak meninggalkan parut walaupun menemukan penawar yang tepat. Kepercayaan Nina terhadap cinta sejati hilang selepas satu tragedi hitam yang mengorbankan kekasihnya, Zayn. Sukar baginya menerima huluran cinta kerana hatinya sebati untuk Zayn. Tatkala, di lapangan terbang Birmingham, UK merubah segalanya. Pertemuan pandang pertama dengan seorang 了解更多
原价 RM 26.00

现售 RM 26.00 (-0%)

会员 RM 20.80 (-20%)

作者 Syirahnees
There’s no limit time when it is about you. Cantik itu subjektif, namun mengapa manusia sering menghina paras rupa seseorang hanya kerana dia tidak cantik? Dicaci dan dihina kerana wajah umpama 'adat resam' di zaman sekarang. Untuk bertahan, kecekalan dan kesabaran yang menggunung itulah kuncinya. Dia, seorang gadis yang sering dibuli dan dipijak maruahnya hanya kerana punya paras rupa yang tidak cantik. Ada saja cacian yang dikenakan ke atas dirinya setiap kali mengorak 了解更多
原价 RM 26.00

现售 RM 26.00 (-0%)

会员 RM 20.80 (-20%)

作者 Charissa Ong.T.Y
Setelah 8 tahun diterbitkan, naskhah sulung Charissa Ong Ty, “Midnight Monologues”, kini diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia oleh Jack Malik. Monolog Malam meneroka perihal patah hati, cinta berputik, serta cereka ajaib melalui sudut pandang baharu dan lensa budaya. Naskah ini sesuai untuk setiap peringkat umur. 了解更多
原价 RM 33.00

现售 RM 33.00 (-0%)

会员 RM 26.40 (-20%)

作者 Reen Syazreena
Perkahwinan di antara Iskandar dengan sahabat baiknya telah membuatkan Elisa sangat kecewa. Namun dia tetap nekad untuk mendapatkan Iskandar meskipun dia terpaksa menggunakan cara kotor. Kemunculan Irman Nadeem setelah lama menghilang, telah menghuru-harakan hidup Elisa. Setiap rancangannya pasti akan gagal kerana ulah lelaki itu. “I tak perlukan kelayakan daripada you untuk berkahwin dengan Abang Is.” - Elisa “You tu cuma perempuan yang tak ada maruah.” - Irman 了解更多
原价 RM 34.00

现售 RM 34.00 (-0%)

会员 RM 30.60 (-10%)

无库存

作者 Anggun Masie
Ketika takdir merantai hati, cinta ini takkan pernah terganti. Asbab berhenti kerja dan bertemu dengan sepasang kembar, membawa semula rasa yang pernah dipendam buat seorang lelaki dalam hati Kenanga. Perpisahan selama 16 tahun, Adam kembali dengan salah faham yang disalah tafsir oleh Kenanga sendiri. Paranoidnya terhadap lelaki telah meletakkan Adam ke satu dasar yang sukar untuk diselami. “Saya nak ikut adat, tapi selalu kena tolak. Kalau dengan cara macam ni awak boleh 了解更多
原价 RM 32.00

现售 RM 32.00 (-0%)

会员 RM 28.80 (-10%)

作者 Azieana
Mulut kata tak suka, tapi hati dah jatuh cinta. Ryzal cuba menolak saranan orang tuanya untuk dijodohkan dengan Qaisara kerana sejak awal lagi dia tak pernah menyukai gadis itu. Tapi, penolakannya tidak diendahkan, menyebabkan dia semakin membenci Qaisara. “Kau tahu tak yang kau ni seorang yang tamak? Tak tahu bersyukur. Sepatutnya kau sedar siapa diri kau. Apa asal usul kau. Hati aku ni dah lama sakit. Dah berdarah dan bernanah disebabkan kau!” Ryzal “Kenapa? Hairan 了解更多
原价 RM 32.00

现售 RM 32.00 (-0%)

会员 RM 28.80 (-10%)

作者 Artis Komik Kadokawa Gempak Starz
CINTA, satu perasaan indah yang ingin dimiliki oleh sesiapa saja. Kemanisan cinta hanya dapat dirasai bila bersama dengan si dia yang selayaknya. Walau waktu berjalan, semoga cinta akan tetap abadi selamanya. Himpunan kisah romantis + manis oleh 3 artis komik lama dan baru. Korang dah bersedia untuk jatuh ke alam cinta? Hati-hati, jangan sampai terjerat! 了解更多
原价 RM 14.00

现售 RM 14.00 (-0%)

会员 RM 14.00 (-0%)

作者 Medina Haura
Your eyes tell me the truth when all the things become a lie. Takdir adalah sebuah kenyataan yang menjadi rahsia semesta. Takdir jua mempertemukan dua insan bukan secara sengaja dan mengikat kenyatan yang belum pasti. Adakah mereka berada di tempat yang salah pada waktu yang salah? Entah… Kun fa yakun. “Sesuka hati nak baling batu dekat aku lepas tu blah macam orang tak bersalah! Memang jenis playboy Malaya ke? He's nothing!” — Irdina Safiya Zariff Arrazin nama di 了解更多
原价 RM 28.00

现售 RM 25.20 (-10%)

会员 RM 22.40 (-20%)

作者 Mohd Faizullizam
Selepas lebih dua ratus tahun pemerintahan penghulu besar bunian, Raja Ahmad Siguntang bersama adik kembarnya, Panglima Hitam Muhammad Siguntang di Wilayah Buana Selatan. Dunia jin digemparkan sekali lagi dengan kebangkitan kaum jin yang amat buas, tidak diketahui dari mana datangnya. Lebih memeranjatkan lagi, apabila kaum jin yang diketuai oleh raja jin yang amat perkasa, menyasarkan kedua kembar bagi tujuan ingin menjadi raja yang paling berkuasa di alam jin. Maka sekali 了解更多
原价 RM 40.00

现售 RM 36.00 (-10%)

会员 RM 32.00 (-20%)

作者 Nadhrah Husna
Syafiqah Hanin seorang yang bersemangat kental dan tidak mudah berputus asa. Kekangan masa, tugas dan tanggungjawab tidak pernah membuatnya mengalah. Namun, insiden dengan penyelia kertas projeknya membuatkan dia hampir tersembam. Dia tidak pernah menyangka hatinya akan terjatuh suka kepada pensyarahnya sendiri. “Kita boleh padam semua ni! Ia ibarat api kecil. Kita boleh padam semula.” – Ustaz Mohd Izzat “Ya ALLAH! Hati perempuan mana yang telah kusakiti ini? Sesunggu 了解更多
原价 RM 29.00

现售 RM 26.10 (-10%)

会员 RM 23.20 (-20%)

作者 Vex King
Jualan RM1,000,000 adalah impian dan gol Bagaimana anda boleh belajar untuk benar-benar mencintai diri sendiri? Bagaimana anda boleh mengubah emosi negatif kepada emosi positif? Mungkinkah kita boleh mencari kebahagiaan yang kekal? Dalam buku ini, pakar Instagram, Vex King, akan menjawab semua soalan ini dan banyak lagi soalan lain. Vex telah mengharungi pelbagai dugaan dalam hidup dan beliau telah mengambil iktibar daripada pengalaman lalunya. Dalam buku ini juga, Vex King a 了解更多
原价 RM 45.00

现售 RM 40.50 (-10%)

会员 RM 36.00 (-20%)

作者 Haswida Abu Bakar
"Syarat Kak Farah... dia meminta aku supaya keluar dulu dengan kau sebanyak tiga kali. Tiga janji temu. Berkenal-kenal dan baharulah buat keputusan. Sekiranya aku masih tidak dapat menerima kau juga, Kak Farah akur dengan keputusan aku. Kalau kau marah, aku faham."-JOE ADAM Demi menjaga hati Kak Farah, Joe Adam penuhi syarat menggunung tinggi kakak sepupunya ini agar hati yang baru terluka berbuka hati pada Ain Nurlisa staf di syarikat Kak Farah dan part-time model yang baru 了解更多
原价 RM 31.90

现售 RM 31.90 (-0%)

会员 RM 28.71 (-10%)

作者 Anna Milia
Yakinkan hatimu, akulah takdir terindah yang kau nantikan. Caden Hud jatuh cinta pandang pertama. Terus dijejaki Dian, si mural painter. Semua tentang Dian dirasakan terlalu indah. Angin bahagia bertebangan di angkasa setiap kali bersama gadis itu. “Saya book awak!” - Hud “Untuk apa?” - Dian “Jadi isteri saya.” - Hud Hud rasa macam nak hentak kepala ke bumbung kereta dek kegelojohannya. Hentak dua tiga kali. Biar hilang terus ingatan. Dian terima lamaran yan 了解更多
原价 RM 31.00

现售 RM 31.00 (-0%)

会员 RM 27.90 (-10%)

作者 Muhaymin Wahab
Pengeboman pejabat Kedutaan Malaysia di Manila menggegarkan banyak hati. Serangan kumpulan pengganas yang digelar Masud Army Group (MAG) itu mengorbankan banyak nyawa, termasuk rakyat Malaysia. Kata Sheikh Masud, Malaysia perlu menderita! Ada dendam lama belum terlerai. Jika tidak disekat, langkah MAG akan sampai ke Malaysia. Selepas mengganas di Manila, MAG kembali berkampung di Lembah Maut, lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang sukar ditembusi. Kitango, sebuah 了解更多
原价 RM 29.00

现售 RM 29.00 (-0%)

会员 RM 26.10 (-10%)

作者 Nursuzahan
Satu janji yang mengikat kita untuk selamanya... Hidup seorang wanita bernama Jass indah dan cukup segala, bagaikan seorang puteri lindungan bulan. Cantik dan manja, itulah dirinya. Sentiasa disayangi insan-insan di sekelilingnya. Berbeza dengan hidup seorang lelaki bernama Jay, yang hanya ditemani nenek tercinta. Hidup di kampung yang serba sederhana, namun ia tetap indah buat dirinya. Takdir menemukan Jass dan Jay dalam satu kehidupan yang sangat berbeza. Jay sebagai se 了解更多
原价 RM 24.00

现售 RM 21.60 (-10%)

会员 RM 19.20 (-20%)

作者 Hyzwayne
You wanna know I’m in love with. Read the first word again. Meski digenggam kuat, disimpul rapi namun akan terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, dibuang jauh-jauh, andai sudah tertulis milik kita, tetap jua akan jadi milik kita. “Aku bagi dua pilihan sama ada dengar cakap aku atau mati kena tembak.” - Angelo Leonardo Harta dan kuasa menjadikan Angelo seorang Master. Jangan cari pasal, kelak akan dicari sehingga ke lubang cacing, kerana bagi Angelo Leonardo. Darah pe 了解更多
原价 RM 27.00

现售 RM 27.00 (-0%)

会员 RM 21.60 (-20%)

作者 Ida Ra
Terpisah kerana takdir. Bertemu kerana cinta terakhir. Diubati oleh luka, dipeluk oleh derita, buat hidupnya terumbang-ambing. Melupakan si dia yang pernah menghuni di hati, bagaikan mengharapkan lelaki itu kembali. Mustahil, kerana mereka tidak mungkin ditakdirkan untuk menyatu. Lantas dia membawa diri ke sebuah pulau sambil membayangkan betapa indah seandainya Johan ada di sisi. Tanpa sengaja, seseorang datang membuatkan dia keliru. Tanpa diduga munculnya kisah masa lalu 了解更多
原价 RM 25.00

现售 RM 22.50 (-10%)

会员 RM 20.00 (-20%)

作者 Miszhann
Sekuat apa pun kita berkehendak, Dia yang Maha Berkuasa Life is short… kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa silam. Ya, ada orang yang inginkan nyawanya. Disebabkan itu, Naaila sentiasa berjaga-jaga dengan setiap orang yang baru sahaja dia kenal. Biarpun begitu, Naaila masih lagi gadis normal yang sentiasa mendambakan cinta. Bagi 了解更多
原价 RM 26.00

现售 RM 26.00 (-0%)

会员 RM 20.80 (-20%)

作者 Qstnaafrn
Tidak bernoda, lebih kuat mengagumi jiwa, lebih suci tiada terbatas Dia tidak pernah tunduk dengan ketakutan pada manusia. Lemah tiada di dalam kamus hidupnya. Dirinya digeruni oleh ramai orang, didambakan oleh wanita. Semuanya nampak sempurna… Cacat? Lumpuh? Lembik? Semuanya misteri untuk diungkapkan. Kini dia kaku tidak berfungsi. Dulu diri ini dibanggakan tetapi sekarang semuanya perlukan bantuan. “Jangan buat I macam ni. I merayu sangat. Kalau you menyesal dengan a 了解更多
原价 RM 31.00

现售 RM 31.00 (-0%)

会员 RM 24.80 (-20%)

作者 Cik Tet
Tanpa kenal di antara satu sama lain, mereka ditunangkan atas kehendak keluarga. Walau hati memberontak, namun diteruskan juga demi datuk tersayang. “Tiba-tiba dah jadi tunang saya. Awak tak rasa ke yang semua ni mengarut?” - Iskandar “Awak ingat saya kebulur sangat ke nak jadi tunang awak?” - Seri Namun selepas mereka bersua muka, tiba-tiba Iskandar mengubah keputusan. Malangnya Seri betul-betul dah jual mahal dengan dia. Lebih teruk lagi, ramai pula yang turut m 了解更多
原价 RM 35.00

现售 RM 35.00 (-0%)

会员 RM 28.00 (-20%)

作者 Izzahkhai
Siapa sangka di sebalik wajah anggun itu, tersimpannya sisi gelap yang paling digeruni. Senjata api, membunuh dan darah. Itu semua sudah sebati di dalam hidup seorang Nur Mikayla. Walaupun hakikatnya dia tidak menginginkan semua itu. “Keturunan Greco secara tidak langsung merupakan ahli tetap De Greco selagi mempunyai pertalian darah.” - Kayla Tatkala dia merasakan seperti tiada harapan, Airil Zafran hadir cuba mengisi kekosongan hatinya. Pandangan pertama membuahkan 了解更多
原价 RM 35.00

现售 RM 35.00 (-0%)

会员 RM 28.00 (-20%)

作者
KAGUYA-SAMA WA KOKURASETAI THE MOVIE -FIRST KISS WA OWARANAI-輝夜姬想讓人告白-永不結束的初吻-劇場版 (DVD) JAP / ENG (E / C / M) Shuchiin Academy’s student council room – the place where Vice President Kaguya Shinomiya and Student Council President Miyuki Shirogane met. After a long battle in love, these two geniuses communicated their feelings and, at the Hoshin Festival, had their very first kiss. However, there was no clear confession. The relation 了解更多
原价 RM 23.90

现售 RM 21.51 (-10%)

会员 RM 19.12 (-20%)

作者
Akagami No Shirayukihime 赤发白雪姬 JAP/ENG JAP(OVA) E / C / M Shirayuki was a young girl born with unique apple-red hair. She meets a famous but foolish Prince Raji, who falls in love with her at first sight and orders her to become his concubine. With nowhere else to go, Shirayuki cuts her hair and escapes to a neighboring country. While traversing through the forests, she meets a young boy, Zen, who helps her after she boldly cures his wounds but then gets poisoned b 了解更多
原价 RM 49.90

现售 RM 44.91 (-10%)

会员 RM 39.92 (-20%)

作者 Areila Sahimi
Hanya dengan satu mesej Whatsapps, semudah itu Helmy Redza mengucapkan kata perpisahan. Walau pedih, Syikin harus sedar diri. Helmy yang sekarang bukan lagi seperti Helmy yang dulu. Helmy sekarang seorang bintang. Dia pula, masih lagi gadis biasa yang rupa tak seberapa, bakat pula tiada. Namun disebabkan satu insiden buat Syikin yang bukan siapa-siapa, menjadi perhatian netizen Malaysia. Video viral yang tersebar telah mengubah hidup Asyikin Badarudin. Sekelip mata dia yan 了解更多
原价 RM 29.00

现售 RM 22.90 (-21%)

会员 RM 22.90 (-21%)

作者 Azieana
Menanti pada yang sudi walaupun ada ketikanya aku terasa hati... Milia dan Mikael telah menjalinkan hubungan cinta sejak bertahun-tahun, tapi hubungan itu gagal diikat dengan sebuah perkahwinan. Hubungan cinta mereka juga selalu ada pasang surut dan tidak direstui oleh keluarga Milia. Perkenalan Milia dengan Dato’ Ian Zulkarnain kerana berebutkan sehelai gaun telah membuka lebaran baru. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Disebabkan beb 了解更多
原价 RM 29.00

现售 RM 26.10 (-10%)

会员 RM 23.20 (-20%)

作者 Nurnaein
Antara kita, takkan terwujud cinta. Ucapkan. Jika benar ia terasa. Ucapkan. Jika benar ia ada. Ucapkan. Jika benar ia cinta. Gadis beku seperti Haufa akan jatuh cinta? Tidak akan sesekali terjadi! Baginya, sisa hidup yang dia miliki hanya untuk melunaskan hutang dan dendam semata-mata. Namun angkara tersilap percaturan, Haufa harus terikat dengan perjanjian bodoh. Panggil dia sejahat-jahat wanita, kerana gelaran itu memang selayaknya buat seseorang bernama Haufa. Perasaan H 了解更多
原价 RM 28.00

现售 RM 25.20 (-10%)

会员 RM 22.40 (-20%)

作者 Fufulieya Mat
Untuk kali terakhirnya, aku ingin menjadi milikmu lagi. Rasa sakit yang terdalam adalah melepaskan seseorang yang belum benar-benar kita ikhlaskan. Tujuh tahun ingin cuba melupakan. Tujuh tahun inginkan kemaafan dan peluang. Tujuh tahun juga masing-masing menyimpan rahsia besar. Jujurlah jika tiada rasa, jangan menyimpan terlalu lama sehingga menoktahkan waktu. "Kalau ianya tentang perasaan awak pada saya, itu masalah awak! Tak ada kena mengena dengan saya!" — Aly 了解更多
原价 RM 25.00

现售 RM 22.50 (-10%)

会员 RM 20.00 (-20%)

作者 Elyshakaman
Cukup dengan satu pertemuan, jantung Dhia Raihana berdegup kencang. Kacak! Cukup lengkap pakejnya! Itulah gambaran seorang Ehsan Eskandar di mata Dhia. Penampilan kawan baik abangnya itu buatkan perangai gatal seorang Dhia Raihana muncul. Dia mula mengejar lelaki itu. "Kau ni gila ke apa?” – Ehsan Eskandar. “Gilakan abang Ehsan.” – Dhia Raihana. “Boleh tak kau stop jadi budak-budak? Stop ganggu aku!"- Ehsan Eskandar. "Kalau Dhia ganggu juga? Apa abang Ehsan boleh 了解更多
原价 RM 32.00

现售 RM 32.00 (-0%)

会员 RM 28.80 (-10%)

作者 Mecxira
Masculine maybe dangerous, but intelligence is lethal. Kaku, beku, dingin itulah jiwanya. Biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidak perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatukan dia dengan lelaki itu. Lelaki manja yang kebudak-budakan. No way! “Dah tahu Yana tak suka Aryan dari dulu, kan? Aryan ni tak faham ke? Hati dan perasaan tak boleh dipaksa.” - Ariyana Tynessa “It s 了解更多
原价 RM 25.00

现售 RM 22.50 (-10%)

会员 RM 20.00 (-20%)

作者 Farah Bahazelan
Andai kau menuruti langkahku, kau tak akan ketemu jalan pulang. Kau dan aku perlu bersatu! Biar jasad berbeza namun jiwa harus berkorban sepanjang nyawa! Walinong la yang sari, Puteri bestari, datang membawa talam, datanglah mari… Irama gamelan dan lembut gemalai tarinya memukau mata manusia namun tiada yang menyedari ia adalah satu seruan pemujaan untuk Sang Iblis. Bagi Seri Delima, jeritan dan darah mangsa adalah hiburan untuk dia dan Azizah dalam menundukkan manu 了解更多
原价 RM 25.00

现售 RM 22.50 (-10%)

会员 RM 20.00 (-20%)

作者 Miss Noi
Masa lalu, biarkan terus berlalu, ada dia kini untuk kau sandarkan bahu. Blurb Zulaikha… Dia kejutkan dengan lamaran daripada dua orang lelaki, yang mempunyai pesona yang tersendiri. Sikap prihatin Haikal membuatkan dia rasa disayangi, rasa ada yang benar-benar mengambil berat akan dirinya. “Let’s write our story!” -Haikal "Thanks for the gift. Tapi, kenapa nak berahsia?" -Zulaikha Sikap Kamil yang terlampau tenang pula sering kali membuatkan dia tertanya-tanya. Apa b 了解更多
原价 RM 27.00

现售 RM 24.30 (-10%)

会员 RM 21.60 (-20%)

作者 Azimah Lily
Panahan matamu mencairkan hati ini! FARAH DINA seorang doktor haiwan yang suka menolong orang yang dalam kesusahan. Tetapi tahap Dina membantu orang dalam kategori ‘terlebih’. Sebab itu la Dina selalu saja bergaduh dengan orang sana sini. Pening Puan Dariah dengan sikap anak ketiganya itu. Disebabkan sikap Dina yang kasar, Puan Dariah penat mengatur jodoh untuk anak gadisnya itu. Bagi Dina pula, dia tak suka ibunya mengatur jodohnya. Lagi-lagi ibunya terlalu obsess denga 了解更多
原价 RM 25.00

现售 RM 22.50 (-10%)

会员 RM 20.00 (-20%)

作者
To Love Ru 出包王女 JAP (E / C / M) The Yuki's residence is now full of people: in addition to Rito and Mikan Yuki, Lala, her twin sisters Nana and Momo, and Golden Darkness. Momo, who also falls for Rito, actively tries to create a harem for him. Meanwhile, a mysterious red hair girl named Mea Kurosaki enters Sainan High School with a hidden agenda. Kini rumah Yuki penuh dengan orang, selain Rito dan Mikan Yuki, kini tambah Lala bersama adik perempuan kembarnya Nan 了解更多
原价 RM 69.90

现售 RM 62.91 (-10%)

会员 RM 55.92 (-20%)

作者
Mairimashita! Iruma-Kun 入間同學入魔了 Season 1-3 (Vol.1-65 End) Jap/Eng (C/E/M) A Boy'S Chaotic Life In A "Prestigious" Boarding School For Elite Demons! Iruma Suzuki, Human, 14, One Day Finds Himself Sold To The Devil. To Add To His Predicament, His Doting Owner And Self-Appointed "Grandpa" Is The Principal At His New School. Now Iruma Must Deal With A Haughty Student Who Challenges Him To A Duel, A Girl With Adjustment Issues, And So Many More Scary Beings! Can Thi 了解更多
原价 RM 89.90

现售 RM 89.90 (-0%)

会员 RM 80.91 (-10%)

作者 Writernaz
Sayap yang pernah patah, bukan peghambat untuk terbang semula. The girl with a broken wings, itulah yang boleh diibaratkan dengan kisah hidup Bellisa Niliyyah. Luarnya tampak indah, serba serbi sempurna. Bak kata orang memang material girl. Tapi, andai sahaja mereka tahu di balik imej gadis periang, ada tersimpan parut luka dari masa lalu yang kelam. Ada tangis yang dipendam, ada teriakan suara yang tak didengarkan. Kepercayaan Niliyyah diperkotak-katik, maruah diri dipijak 了解更多
原价 RM 29.00

现售 RM 26.10 (-10%)

会员 RM 23.20 (-20%)

作者 Usako Princessz
Di denai sungai yang menjadi saksi… Kerana dendam dan cemburu yang menguasai. Kesetiaan yang teguh bagai dimeteri dengan tembaga yang tak mudah dicairkan! Takdir Tuhan, resipi turun-temurun itu sekali lagi melakar memori, merekat dua hati. Dua anak muda berdarah pendekar itu akhirnya bertemu kembali setelah bertahun-tahun terpisah dek parut lama yang merantai keluarga. Di kala dua hati sudah berjanji untuk sehidup semati, taufan kuat tiba-tiba membadai lagi hubungan merek 了解更多
原价 RM 26.00

现售 RM 26.00 (-0%)

会员 RM 23.40 (-10%)

作者 Kamil Naim
Habuk Bintang Di "Hujung Dunia", mereka sedang asyik melayan nostalgia dan kenangan yang indah khabar daripada rupa. Mungkin juga mereka sibuk memikirkan idea-idea kreatif, cinta, atau falsafah. Mungkin ini konklusi evolusi umat manusia setelah dibebaskan daripada semua jenis konflik, celaru dan bebanan. Tidak mungkin adanya indah jika tiada jelik untuk dibandingkan. Itulah memori. Yang indah memberi kekuatan, ketika sebaliknya memberikan pengajaran. Walau betapa indahnya ala 了解更多
原价 RM 28.00

现售 RM 25.20 (-10%)

会员 RM 22.40 (-20%)

作者 Nik Nur Madihah
Kita sudah lama hilang arah, tercari-cari inspirasi dari kocek sendiri. Memerhati insan lain dengan kekaguman yang tinggi demi mencedok semangat dan pedoman menuju Ilahi. Sedangkan petunjuk itu sudah terbentang untuk dipelajari. Denai Cinta ialah perjalanan ke lubuk hati yang paling dalam. Demi menapis sesetengah emosi yang membuat hidup hilang kendali. Lalu sirah muncul menyelamatkan; memerikan kisah empat orang wanita teladan untuk mengeluarkan insan daripada kusut kemelut 了解更多
原价 RM 29.00

现售 RM 29.00 (-0%)

会员 RM 26.10 (-10%)

作者 Nor Azzah Momin , Nisah Haron , Najibah Abu Bakar
Rumah Sejuta Buku menampilkan sekumpulan bibliofil berkongsi pengalaman mereka dalam membina perpustakaan idaman hati. Keunikan dan kreativiti tersendiri sangat memberi inspirasi buat semua pencinta buku untuk membina sudut bacaan mengikut cita rasa dan impian di hati, di rumah sendiri. 了解更多
原价 RM 35.00

现售 RM 35.00 (-0%)

会员 RM 31.50 (-10%)

作者 Iddin Ramli
Healing buka soal melupakan. Tapi untuk menerima segala yang telah menjadi kenyataan. Sebelum kamu mampu menerima, kamu harus bersederhana. Sederhana itu kesannya besar buat hidupmu. Kamu harus sedar kamu itu manusia tak mampu mewujudkan apa-apa. Kamu harus sederha dalam mencuba, berharap, mencintai, rasa ingin memiliki agar tiada luka-luka yang hadir kerana harapanmu yang menggunung tinggi. Kerana manusia akan sentiasa perkecilkan keperluan untuk sederhana sehingga luka hadi 了解更多
原价 RM 35.00

现售 RM 28.00 (-20%)

会员 RM 28.00 (-20%)

作者
Buku Allah Maha Pencipta memberi panduan kepada ibu bapa dalam menjelaskan tentang Allah dan sifat - sifatnya yang Maha Kuasa kepada anak - anak. Anak - anak belajar mengenai Pencipta mereka, Tuhan yang Maha Kuasa Allah s.w.t. Mudah - mudahan ia memupuk rasa cinta dan ketaatan dalam diri anak - anak muslim terhadap Tuhan seluruh alam semesta. 了解更多
原价 RM 26.90

现售 RM 26.90 (-0%)

会员 RM 24.21 (-10%)

作者 Iddin Ramli
Healing buka soal melupakan. Tapi untuk menerima segala yang telah menjadi kenyataan. Sebelum kamu mampu menerima, kamu harus bersederhana. Sederhana itu kesannya besar buat hidupmu. Kamu harus sedar kamu itu manusia tak mampu mewujudkan apa-apa. Kamu harus sederha dalam mencuba, berharap, mencintai, rasa ingin memiliki agar tiada luka-luka yang hadir kerana harapanmu yang menggunung tinggi. Kerana manusia akan sentiasa perkecilkan keperluan untuk sederhana sehingga luka ha 了解更多
原价 RM 30.00

现售 RM 27.00 (-10%)

会员 RM 24.00 (-20%)

作者 Mashiro Ooki
Rasanya dah banyak kali aku cakap. Sekarang aku nak fokus kat besbol je.Benda macam tu aku tak boleh. Sorry… Setelah Cinta Pertama’ - Mashiro OOKI 了解更多
原价 RM 14.00

现售 RM 14.00 (-0%)

会员 RM 12.60 (-10%)

作者 Saraalee
“Lupakan janji dulu...” AAYAN HAYDAR - Lelaki berkacukan Arab yang mempunyai sepasang mata berwarna hijau cerah yang mampu memikat hati para gadis. Empat tahun ditinggalkan oleh kekasih hati menyebabkan hatinya berbolak-balik. Jejaka berusia 25 tahun itu telah memungkiri janji manisnya terhadap gadis yang paling dicintainya dahulu atas sebab yang sangat tidak masuk akal. Namun disebabkan dirinya yang tamak, dia sanggup melukai hati gadis yang dicintainya. “Y 了解更多
原价 RM 34.00

现售 RM 30.60 (-10%)

会员 RM 27.20 (-20%)

无库存

作者 Waniel
Selamanya Kamu Satu pertemuan di hadapan sebuah kafe menjadi pemula kisah hidup antara Izz dan Naz. Mereka pernah berkongsi hidup sebagai suami isteri, sayangnya ia sudah ketemu titik noktah. Hanya mereka saja tahu punca dan alasan mengapa perpisahan itu yang terbaik buat mereka. Kerana secawan kopi, empat tahun kemudian mereka ditakdirkan bersua lagi. Walaupun luka lama masih berbekas dalam hati, namun cinta yang bertakhta antara mereka tetap utuh. Naz tekad, dia mahu 了解更多
原价 RM 35.00

现售 RM 35.00 (-0%)

会员 RM 31.50 (-10%)

作者 Yaya Samad
"Janji yang abang akan kembali pada ibu. Sebab abang nyawa Ibu" - Raudah "Saya harap dia tak menyesal ada ayah macam saya." - Faizal "Terima kasih kerana selalu ada dengan aku."-Fahim Luth "Selagi hati ini tidak berbolak-balik, selagi itulah perasaan aku sama untuk dia." - Nurul Huda Dia, Iskandar Dzulkarnain, didiera sejak kecil oleh si ayah dan dibelai penuh kasih oleh si ibu. Pendewasaan membawa dirinya jauh hanya kerana tidak mahu tubuhnya terus diseksa. Keluarga, 了解更多
原价 RM 37.00

现售 RM 33.30 (-10%)

会员 RM 29.60 (-20%)

作者 Hisa Kyomachi
Masa kecil, Seri jatuh cinta dengan seorang budak lelaki yang dia jumpa kat Jambatan KiraKira. Walaupun lepas Seri berpindah, dia masih fikir fasal lelaki tu. Seri kemudian berkawan dengan Chihiro di sekolah tinggi dan atas sebab tertentu, budak lelaki yang Chihiro sama nampak macam cinta pertama Seri! 'Adakah kau takdirku...?' 了解更多
原价 RM 12.00

现售 RM 12.00 (-0%)

会员 RM 10.80 (-10%)

作者 Hisa Kyomachi
Sebanyak mana pun kita menyakiti atau disakiti... Selepas tamat cuti musim panas, Ayu berpindah dari Tokyo ke sekolah di desa membawa satu rahsia. Hanya sepupunya, Momo berkawan dengannya. Kemudian kawannya dari Tokyo Kyouhei turut pindah ke sekolah sama. Dan terima kasih pada Yuito yang ceria dan peramah, senyuman Ayu kembali sedikit demi sedikit tapi... Kisah cinta terdesak empat orang remaja di umur 17 tahun! 了解更多
原价 RM 12.00

现售 RM 12.00 (-0%)

会员 RM 10.80 (-10%)

1-838 of 838

页:
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
*

Back to Top