0

购物车中共有 0个商品。 ×

您的购物车中暂时没有商品。

' Bonda Nor '找到 30 件相关商品
Filtered By
author
作者 Bonda Nor , Ammar Kamilin
Kita sebagai ibu bapa, kena faham beberapa perkara. Kita boleh berusaha, tapi hidayah dan hasilnya tetap milik Allah. Jangan perah sangat hati kita untuk selesaikan semua masalah dengan segera. Jangan perah sangat anak kita untuk ikut semua perkara yang tampak baik pada pemikiran kita. Kena faham, setiap perkara yang akan berlaku, ada jalan-jalannya. Kadang lurus. Kadang berliku-liku. Mungkin anak kita berjaya menerusi tunjuk ajar kita. Mungkin juga dia akan berjaya menerus 了解更多
原价 RM 35.00

现售 RM 31.50 (-10%)

会员 RM 31.50 (-10%)

作者 Bonda Nor
Dakwah bukan sekadar berlaku apabila kita berada di pentas popular yang ramai audiensnya. Komunikasi dakwah juga ada daripada khalayak kumpulan kecil sahaja. Dalam lingkungan keluarga, di sekolah, bersama kawan rapat, bahkan juga saat berdiri tegak tanpa komunikasi di tengah-tengah masyarakat. Menerusi kisah-kisah kejayaan, kita ambil inspirasi dan teladan. Menerusi kisah-kisah kegagalan, kita bina sempadan! Lain waktu, lain cabarannya. Lain orang, lain sukatan besar kecil 了解更多
原价 RM 25.00

现售 RM 25.00 (-0%)

会员 RM 22.50 (-10%)

作者 Bonda Nor
Ujian datang dan pergi. Setiap hari kita perlu hadap ujian-ujian kecil. Kadang selesema, kadang anak membentak, kadang pemandu kereta lain memotong cara berbahaya, kadang selipar hilang di masjid. Ya, semua itu ujian berbentuk musibah yang buat jiwa kita gundah dan resah gelisah. Ujian kecil-kecilan sahaja, tetapi setiap hari ada-ada saja halnya! Kemudian, sesekali Allah hantarkan pula ujian besar. Ada yang rumahnya terbakar, ada yang kemalangan jalan raya hingga meragut nya 了解更多
原价 RM 27.00

现售 RM 27.00 (-0%)

会员 RM 24.30 (-10%)

作者 Bonda Nor
CHECK IT OUT! adalah himpunan kisah-kisah benar 25 orang penulis berkaitan tabayyun. Cakupan penceritaannya pelbagai. Ada kisah-kisah mangsa fitnah. Ada kisah dari perspektif orang yang mendengar fitnah. Bahkan ada juga kisah pengakuan penulis yang tersalah langkah hingga memfitnah. Kesemuanya menjurus kepada satu perkara, betapa bahayanya jika maklumat tidak diuruskan dengan baik! Cakap, salah. Tak cakap, pun salah. Memang, kadang kita jadi serba salah. Pesan Rasulullah, ka 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Eksklusif di Popular 了解更多
原价 RM 49.90

现售 RM 44.91 (-10%)

会员 RM 44.91 (-10%)

作者 Bonda Nor
Selalu kita tersekat berlama-lama di satu takah kerana takut mahu terus melangkah. Pelbagai perkara membenak di fikiran. Kadang, kekurangan diri sendiri membuahkan rasa tidak yakin. Kadang terpaksa pula berdepan dengan kekurangan orang lain. Namun, Rasulullah berpesan dengan begitu jelas sekali tentang misi setiap Mukmin. Setiap hari mesti menjadi semakin baik dan semakin baik. Apa-apa pun kekurangan diri kita, seharusnya menjadi asbab untuk kita belajar mengatasinya. Apa-ap 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Tuhan itu terlalu dekat. Dia berbicara dengan kita menerusi pelbagai cara. Dalam pada kita leka, ditariknya kita agar kembali kepada fitrah sebagai seorang khalifah. Dalam pada kita lupa, Dia hantar peringatan demi peringatan agar kita segera kembali ke pangkal jalan. Adakalanya bicara amaran yang dikirimkannya itu datang perlahan, menusuk ke dasar hati. Pedih, dan luka itu kita tanggung sendiri-sendiri. Adakalanya bicara amaran itu datang dengan begitu kuat hingga terkapai- 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Hati yang penuh prasangka, mulut yang mencebik dan tersenyum sinis, mata yang menjeling tajam penuh makna, juga kata-kata cerca. Subhanallah. Manusia bertuah mana yang mampu terselamat daripada semua ini? Ya, hanya Rasulullah saja yang diterima sebagai maksum. Kita tidak! Kita cuma manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan akan sentiasa berbuat kesalahan. Isunya, adakah kita sedar kesilapan kita? Jika pun sedar, adakah kita siap sedia mahu memperbetulkannya? Sungguh ti 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Asalnya manusia memang dari sana, bukan? Ya, di situlah kemuliaan yang telah Allah berikan buat manusia. Tapi itulah, bisikan nafsu jahat kita, hasutan syaitan durjana sering menyesatkan manusia. Ia menjadi asbab tercampaknya kita ke bumi yang sarat ujian untuk memerangi nafsu dan syaitan ini. Sungguh, bukan mudah untuk terus bertarung dengan kedua-duanya. Jatuh bangun kita ditolaknya! Cedera parah iman dibuatnya! Tapi kita tak boleh putus asa. Tak boleh mengalah. Dalam Isl 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Sesekali bila takdir melampiaskan bahana kesilapan kita, memang terasa benar sakitnya. Tapi mengapa mesti mengeluh pada sesuatu takdir yang kita tak suka sedangkan itulah yang sedang mendidik kita? Ya. Takdir yang menyakitkan itu juga ada gunanya! SAKITNYA TU DI SINI! Adalah rangkuman pelbagai kisah kafarah dan teguran Allah yang sangat mahal ditemui ada semasa proses muhasabah. Dan inilah yang mahal tentang antologi ini. Betapa takdir yang tidak disukai juga adalah petanda 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Subhanallah. Ini memang betul-betul pendedahan eksklusif! Bukan semua orang boleh berlapang dada untuk berkongsi kisah-kisah seperti ini! Ini salah satu naskhah muhasabah diri yang membuka aib penulisnya sendiri. Tentang bagaimana mereka tersilap bicara, bahkan tersilap tafsir. Kemudian aturan takdir sesudah itu membuat mereka tersentak, sedar kesilapan dan cuba berubah untuk menjadi lebih baik! Ini bukan sekadar perkongsian mereka, bahkan ini juga mungkin kisah kita! Melu 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Sebagai hamba yang sudah pun dijanjikan ujian untuk ke syurga, memang sudah tugas kita untuk berjuang melepasinya. Miskin harta, bagaimana mahu mengelakkan diri daripada hidup meminta-minta? Teruji dengan kelemahan pasangan, bagaimana mahu terus berjuang untuk mempertahankan satu ikatan perkahwinan? Perjuangan itu yang mahal! Perjuangan itu yang Allah pandang dan nilai. Mampukah kita mempergunakan apa-apa saja ujian yang tiba untuk membawa kita ke syurga? Itulah persoalanny 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Ini naskhah tentang redha. Tentang bersetuju dengan apa-apa pun takdir hidup kita yang telah dipilihkan oleh Allah. Memang, bila sebut tentang kehendak, sebut tentang harapan dan cita-cita, kesemua kita ada senarai yang panjang. Itu yang kita fikir. Itu yang terdetik di hati. Tapi Allah yang cipta kita. Dia Maha Tahu segala buruk baik sesuatu perkara ke atas diri kita. Kadang dihalangnya daripada kita dapat apa yang kita nak, sebab Dia tahu itu akan buat kita jadi manusia b 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Bumerang, sejenis permainan yang apabila dilemparkan akan berbalik semula. Itulah analoginya. Itulah panduan kita dalam menetapkan hala tuju kasih sayang dan cinta. Konsepnya mudah. Jika sayang yang kita beri, sayang jugalah yang akan kita terima kembali! Allahuakbar, seronoknya saya membaca kisah-kisah benar di dalam naskhah hebat ini. Terinspirasi! Sungguh, kadang kita penat baca kisah-kisah sedih dan duka. Penat tumpang berduka. Penat menangis. Bahkan kadang kisah-kisah 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor , Farizah Shamsudin
Memang benar suami adalah nakhoda rumah tangga, namun kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa suasana dalam rumah tangga sebenarnya lebih banyak dicorakkan oleh seorang isteri. Mengapa? Sebab seorang isteri yang gembira akan membuatkan suami lebih selesa dan anak-anak juga meraih bahagia. Justeru persoalannya, bagaimana mahu membuat seorang isteri itu gembira? Jawapannya mudah. Seorang isteri mesti beroleh kuasa dalam rumah tangganya! Seorang isteri mesti tahu mengapa 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Apa khabar jiwa kita hari ini? Sudahkah berpuas hati dengan apa yang ada? Sudahkah berasa cukup apa adanya? Kalau masih belum, seharusnya engkau mula terus mendaki dan mendaki. Berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. Kalau rasa sudah pun berada di zon selesa, seharusnya engkau mula risau. Jenguk hatimu. Apa yang engkau temui di situ? Adakah seputar cerita tentang engkau, engkau dan engkau? Gaji engkau sudah cukup, kerja engkau sudah bagus, rumah engkau sudah mewah, kereta en 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 16.00 (-20%)

会员 RM 16.00 (-20%)

作者 Bonda Nor
Kalau kita gambarkan pelangi sebagai kebahagiaan, maka kita kena faham satu perkara. Kebahagiaan memerlukan waktu suka dan duka. Kebahagiaan tidak boleh hadir dengan waktu yang kita anggap senang dan gembira saja. Ia juga memerlukan waktu susah, waktu duka, waktu marah dan waktu mengalirkan air mata. Benar. Kedua-dua elemen yang sangat kontra antara satu sama lain sebenarnya saling memerlukan. Rintik air dan cahaya matahari membentuk pelangi. Suka dan duka, itulah juga yang 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20 orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Fokus penulisannya bermula pada sisi kesilapan dan pemberontakan. Kemudian fokusnya beralih pada natijah dan ibrah. Sangat banyak yang boleh kita jadikan pengajaran! Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Benar 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Berani Menjadi Aku menyajikan 20 kisah yang diadaptasi daripada kisah-kisah benar dalam masyarakat. Ia berkisar tentang cerita santai zaman kanak-kanak dan remaja yang setiap pembaca juga mungkin pernah melaluinya. Ia kisah kita! Kisah zaman ‘tak cukup akal’ yang mempamerkan pemikiran yang dangkal. Kisah yang menjadi bukti bahawa satu ketika dahulu kita juga pernah menjadi keliru dan mungkin tersilap memilih sesuatu. Namun, ia kemudiannya menjadi kisah menarik yang tel 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor , Farizah Shamsudin , Ammar Kamilin , Abdul Muiez Ruslee
Buku ini memperkatakan tentang satu hal yang sangat penting dalam kehidupan. Tentang perjuangan. Daripada sekecil-kecil perkara yang menjadi rutin biasa, hinggalah kepada sebesar-besar perkara yang melibatkan nyawa. Sebutlah apa-apa jenis ujian sekalipun, bergelutlah dengan apa-apa perjuangan sekalipun, hakikatnya, manusia tidak akan mudah mengalah jika fokusnya jelas untuk menadah redha Allah. Terus kuat! 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor , Rohamiah Muda
Umpama pemakanan, demikian juga ujian. Kalau yang dimakan hanya yang manis saja, kita akan sakit. Dah sakit, terpaksalah cari penawar. Dan penawarnya memang pahit! Sebab itu, antara tanda Maha Baiknya Allah ialah ditimpakan ke atas kita musibah. Hal-hal yang kita tak suka itu, yang kita anggap musibah itu, sebenarnya adalah penawar. Penawar untuk dosa-dosa kita. Penawar untuk keangkuhan kita. Penawar kepada penyakit ‘lupa syurga hingga mencari sempurna pada dunia’. Ya 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Henshin Hero, sebuah novel adaptasi daripada kisah benar yang telah mencetuskan fenomena Ahmad Ammar. Kisah seorang anak muda biasa yang diangkat kisahnya oleh Allah secara luar biasa. Ammar dikatakan syahid dan diberikan penghormatan oleh kerajaan Turki untuk dimakamkan di permakaman sahabat-sahabat Rasulullah. Dunia mula memperkatakan tentang anak muda ini. Jutaan manusia di seluruh dunia melayari video pemakaman jenazahnya. Beratus-ratus ribu naskhah buku yang membicara 了解更多
原价 RM 30.00

现售 RM 30.00 (-0%)

会员 RM 27.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Kata orang … “Jangan pandang belakang.” Betul tu. Saya setuju! What past is past. Yelah … Buat apa nak fikir tentang perkara yang sudah lepas. Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus! Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors. Untuk apa? Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati. 了解更多
原价 RM 25.00

现售 RM 25.00 (-0%)

会员 RM 22.50 (-10%)

作者 Bonda Nor
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Buku Bangkit: Pujuklah Hati 4 ini padat dengan kisah-kisah harian yang berlaku di sekeliling kita. Kadang kala apa yang berlaku, kita merasakan begitu tertekan tanpa menyedari pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian itu. Justeru, buku ini memberi motivasi dan panduan dalam menangani masalah yang dihadapi dengan membuatkan kita melihat hikmah di sebalik ujian itu. Dalam masa yang sama membuatkan kita yakin dengan pergantungan hanya kepada Allah SWT. Manusia tidak bo 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Kau gagal, Allah hantar bantuan. Kau luka, Allah sembuhkan. Kau takut apa kalau kau ada Tuhan? Buku BE STRONG ini merupakan pengumpulan pesanan-pesanan yang dirungkaikan dalam bentuk puisi, petikan dan monolog. Menggunakan pendekatan yang digunakan di dalam al-Quran yang banyak mengulang perkara yang sama pada ayat dan surah yang berbeza, penulis juga sebenarnya banyak mengulang-ulang corak pemikiran yang sama. Bentuk dan bahasanya sahaja yang berbeza. Beginilah cara penu 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 16.00 (-20%)

会员 RM 16.00 (-20%)

作者 Bonda Nor & Muhd Kamil Ibrahim
Bacalah buku ini bersama dengan mata hati yang terang, fahamilah dengan hati yang bersih dan tafsirlah dengan akal yang waras. Biarlah hati kita terus berkata yang elok-elok dan bila hati mulai terasa, syukurlah iman kita masih ada. “Ada suara rancak berbicara. Kata-katanya jujur dan luhur. Itu yang dirasa. Itu kata-kata yang terlahir dari jiwa. Ada gelisah menghempap diri. Ada resah menyentap hati.” ~Bonda Nor~ “Sungguh...Banyak yang mahu aku nyatakan. Namu 了解更多
原价 RM 20.00

现售 RM 20.00 (-0%)

会员 RM 18.00 (-10%)

作者 Bonda Nor
Melihat wajah tenang si ayah dan ibu, emosi saya dipaut cemburu! Aduhai, beruntungnya kalian! Apakah lagi berita yang menggembirakan selain mengetahui zuriat sendiri begitu dimuliakan Tuhan! Allahu Akbar! Sebagai seorang ibu, saya mula tertanya-tanya. Siapakah mereka? Apakah yang mereka lakukan hingga mendapat keistimewaaan sedemikian rupa? Saya mahu tahu. Saya mahu tiru! 了解更多
原价 RM 17.00

现售 RM 17.00 (-0%)

会员 RM 15.30 (-10%)

作者 Bonda Nor
Sequel kepada "Pujuklah Hati". Perkongsian kisah yang biasa berlaku terhadap diri, pasangan dan sesiapa sahaja yang tampak sukar, sebal dan pelbagai namun sekiranya diamati ia merupakan kisah ‘semua' orang. Jika di tangani dan dilihat takdirnya dari mata hati serta fikiran yang positif, semuanya akan jadi mudah dan tenang-tenang sahaja. 了解更多
原价 RM 18.00

现售 RM 18.00 (-0%)

会员 RM 16.20 (-10%)

作者 Bonda Nor
Pujuklah Hati' mengajak, memujuk dan menasihati kita agar memujuk hati dalam setiap tindak-tanduk dan pertarungan emosi antara positif dan negatif ke arah menundukkan jiwa kepada-Nya. Kisah berselang puisi ini diadun rapi dengan kias dan tamsilan daripada kisah yang pernah dilalui oleh penulis sendiri, sebahagian anggota masyarakat, sirah, pengertian hadis dan ayat-ayat suci al-Quran menjadikan nasihat dan pujukan halus ini dengan mudah menelusuri naluri si pembaca yang sedan 了解更多
原价 RM 22.00

现售 RM 22.00 (-0%)

会员 RM 19.80 (-10%)

30件商品

*

Back to Top