Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Cerpen cinta romantik terpilih 2000-2015 Api tidak lagi membakar. Air tidak lagi membasah. Tanah tidak lagi menyawai. Angin tidak lagi mengudarai. Semua kehilangan sifat dan zat kerana satu-cinta! Perasaan itu hanya sebesar guli cuma ia cantik mengilau-dengan spektrum warna pelangi yang halus bagai benang songket. Waktu ia melantun, cahayanya berekor-bagai pelangi dan bunyinya lembut serta indah sekali. Tiap kali ia jatuh ke lantai, nadanya bagai not piano yang menyusun irama balada manakala tiap kali bergesel pada dinding, bunyinya merengek tiap kali bergesel pada dinding, bunyinya merengek bagai biola, nyaring tapi merdu. Tukasmu, aku perempuan berjiwa besar dan jelita. Berjiwa besar kerana aku pengembara. Cantik kerana mataku. Kau langsung memelukku, melafaz kata-kata ortodoks ini, I love you!