ANASTASIA

Author Name: Syu Ariani
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)


Delivery To:

More info
In Stock.
Estimated day(s) of Delivery: 3
working days(Orders placed before 3pm ).

Product Info

  ISBN/Ean:9789672102663
Published Date: 2018/10/01



 

Description

Anastasia dan Drizella. Nama kakak-kakak tiri Cinderella. Adalah satu klise apabila mereka membenci dan sentiasa mendengki Cinderella, berusaha merampas prince charming daripadanya. Tetapi bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella ikhlas menyayanginya sehingga dia tegar memperjudikan nyawa sendiri demi si adik tiri? Bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella rela kuburkan isi hatinya demi kebahagiaan si adik tiri? Aina Natasha. Dia sanggup membahayakan diri sendiri asalkan Tengku Elyana selamat. Berkali-kali Elyana diserang si musuh tetapi Aina tidak berundur walau sesaat. Selagi hayatnya masih ada, Aina akan berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan si adik tiri. Namun satu hari, Elyana dijodohkan bersama Tengku Arhan Yuzlan dengan alasan Arhan boleh melindungi Elyana juga. Aina terpempan. Kerana Arhan yang ada di depan matanya kini ialah Arhan yang sama, yang dia kenali 13 tahun lalu. “Awak tak takut mati, Aina Natasha?” – ARHAN “Saya takut mati tapi saya lebih takut jadi pembunuh,” – AINA NATASHA Demi mendengarkan jawapan itu, Arhan tersentak. Sesungguhnya dia juga menghadapi kemelut sama. Berusaha menjauhi gelaran ‘pembunuh’ tetapi dia sering dihadapkan dengan situasi yang mendorongnya ke arah itu. Bersama-sama, mereka cuba melindungi dan menjaga Elyana. Pada saat dua hati mula disapa perasaan indah, kini Aina pula menjadi sasaran. Nyawa Aina menjadi buruan dan si pemburu nyawa itu takkan berhenti selagi dia tak beroleh apa yang dia mahukan. “Aku takkan biarkan Aina dibunuh disebabkan kau!” – HADI “Kau fikir aku akan biarkan dia sentuh Aina Natasha?” – ARHAN Segala serangan dipatahkan dan ditepis. Berkali-kali mereka diasak, berkali-kali jugalah mereka mengasak. Mereka berlawan demi mempertahankan nyawa di dalam tubuh dan rasa dalam hati. Hinggalah satu per satu kebenaran terbongkar, sedikit demi sedikit kekuatan Aina dan Arhan tergugat. Apa yang mereka lihat, bukanlah realitinya. Apa yang mereka fikir, bukanlah hakikatnya. Sehingga akhirnya, Aina tertanya sendiri – “Apakah tiada pengakhiran bahagia untuk dirinya, Anastasia, si kakak tiri Cinderella?”

Back to Top