MANISAN KUKUS BARAT MEMIKAT

USUAL: RM5.00

NOW: RM 5.00 (-0%)

MEMBER: RM 4.50 (-10%)


Delivery To:

More info
In Stock.
Estimated day(s) of Delivery: 3
working days(Orders placed before 3pm ).

Product Info

  ISBN/Ean:9789674143800
Published Date: 2018/09/01
No. Of Pages: 64


 

Description

"Riangkan hati orang tersayang dengan pelbagai resipi di dalam buku ini! Ia adalah cabaran untuk menghasilkan resipi kek kukus dari negara Barat. Bahan-bahan asas boleh dibeli di pasaraya atau kedai barangan bakeri. Antara bahan yang sering digunakan ialah keju, kopi, coklat untuk Kek Kopi Kit Kat, Kek Keju Browni atau Kek Cawan Mentega Keju. Nikmati rasa mewah Kek Susu Mexico atau Kek Pelangi (cuma guna putih telur). Pesonakan citarasa anda dengan keharuman lavender dengan Kek Lapis Lavender atau Kek Mudah Kopi Bersos. Orang Barat juga menggunakan buah-buahan di dalam kek kukus mereka. Berseronoklah menjamah Kek Prun dan Peach, Kek Velvet Oren atau Kek Gebu Strawberi. Mengukus kek mengambil masa agak lama terutama kek berlapis. Kepanasan mestilah sekata supaya wap dapat memasak kek dengan serata. Tin atau loyang adunan kek mestilah dialas terumata bahagian dasar (bawah) untuk mengelak kek daripada melekat. Sentiasa sediakan air mendidih untuk menambah air di dalam pengukus jika ia kering. Kek yang dikukus di dalam bekas kecil masak lebih cepat masak daripada di dalam tin besar. Pastikan kek masak dengan mencucuknya dengan lidi. Lap bahagian bawah penutup kukusan setiap 10-12 minit untuk menghalang wap yang terkumpul jatuh ke permukaan kek. Atau balut penutup dengan tuala besar untuk menyerap wap air. Kek kukus lebih elok dimakan sebaik saja ia dimasak. Jika disimpan di dalam bekas kedap udara, ia tahan selama 2-3 hari tetapi lebih lama di dalam peti sejuk. Selamat Mengukus!

Back to Top