MI, MIHUN & KUETIAU KEGEMARAN

USUAL: RM5.00

NOW: RM 5.00 (-0%)

MEMBER: RM 4.50 (-10%)


Delivery To:

More info
In Stock.
Estimated day(s) of Delivery: 3
working days(Orders placed before 3pm ).

Product Info

  ISBN/Ean:9789674143770
Published Date: 2018/09/01
No. Of Pages: 64


 

Description

"Sudah ketandusan idea untuk memasak Mi, Kuetiau atau Mihun? Tidak lagi dengan pilihan 25 resipi di dalam buku ini. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan kaedah memasak yang dilengkapi foto langkah-demi-langkah ini pasti menggembirakan sesiapa saja untuk mencubanya. Mi, Kuetiau atau Mihun memang pilihan di sebarang majlis. Ada di antara kita juga ingin sediakan sesuatu yang ringkas untuk keluarga terutama pada hujung minggu. Lazimnya hidangan nasi bersama pelbagai lauk-pauk memakan masa yang lama. Kaedah memasak beberapa sajian Kuetiau atau Mihun hanya perlukan sebuah kuali atau periuk saja. Jadi, ternyata menjimatkan masa. Mi Jawa atau Mihun Rebus Tulang merupakan kegemaran ramai. Bagi yang ingin mengubah selera, boleh cuba Mi Sup Jepun, Spageti Marinara atau Pasta Roda Pesto dengan Walnat. Ada juga beraneka laksa seperti Laksa Siam, Laksa Kuah Lemak atau Laksa Sarawak. Peminat tegar K-drama atau K-pop pasti teruja dengan Japchae (Suhun Korean Goreng) atau Jajangmyeon. Mudah juga rupa-rupanya untuk membuat Mi Kolok atau Kuetiau Ladna dan Yee Mi Telur. Jadi, sediakanlah yang terbaik untuk keluarga dan rakan-taulan dengan resipi-resipi di dalam buku ini. Yang penting, ia Pasti Jadi!

Back to Top