RESIPI NASI MESTI CUBA

USUAL: RM5.00

NOW: RM 5.00 (-0%)

MEMBER: RM 4.50 (-10%)


Delivery To:

More info
In Stock.
Estimated day(s) of Delivery: 3
working days(Orders placed before 3pm ).

Product Info

  ISBN/Ean:9789674143718
Published Date: 2018/08/01
No. Of Pages: 64


 

Description

"Sebagai orang Asia, nasi merupakan makanan ruji. Nasi amat popular sehingga ada yang menyajikannya untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Malah ada orang tidak kenyang kalau tidak makan nasi. Begitulah besarnya pengaruh nasi. Pelbagai resipi nasi ada di dalam buku ini. Bagi peminat makanan Indonesia penyet, apa kata kita sediakan untuk keluarga (dengan harga yang berpatutan). Bukan itu saja, ada Nasi Luwet, Nasi Uduk dan Nasi Ambeng yang sudah sekian lama diperkenalkan oleh masyarakat Indonesia. Kalau hendak sesuatu yang berlainan, boleh cuba Pai Nasi atau Paella. Terdapat juga nasi yang terkenal untuk sarapan seperti Nasi Kerabu atau Nasi Minyak. Selain itu, Nasi Lemuni dan Nasi Ulam sesuai bagi mereka yang inginkan juadah berkhasiat kerana kedua-duanya diperbuat dengan dedaun herba. Gembirakan hati keluarga dan rakan taulan dengan beraneka nasi goreng yang terkenal. Contohnya, Nasi Goreng USA (nama ‘USA’ ada campuran ‘U’dang, ‘S’otong dan ‘A’yam tetapi sudah berubah sekarang) atau Nasi Goreng Kimchi yang pasti menjadi idaman peminat K-Pop dan K-Drama. Saya harap anda teruja dengan pelbagai pilaf, beriyani dan bermacam resipi ciptaan saya. Jom variasikan nasi dalam hidangan anda dengan pilihan enak dan mudah disediakan!

Back to Top