UNTUK PENGGEMAR KUIH-MUIH

USUAL: RM5.00

NOW: RM 5.00 (-0%)

MEMBER: RM 4.50 (-10%)


Delivery To:

More info
In Stock.
Estimated day(s) of Delivery: 3
working days(Orders placed before 3pm ).

Product Info

  ISBN/Ean:9789674143831
Published Date: 2018/09/01
No. Of Pages: 64


 

Description

"Kuih-muih sentiasa menjadi pilihan terutama waktu sarapan dan minum petang. Di merata tempat ada orang menjual kuih tetapi ada kalanya tidak menepati citarasa. Jadi, apa kata cuba 25 resipi di dalam buku ini dan anda boleh ubahsuai mengikut kesukaan, seperti mengurangkan gula atau garam, menambah kelapa atau membuat dalam jumlah yang banyak (namun tak mahal) untuk majlis meraikan sesuatu. Membuat Pulut Serawa Durian, Kuih Lopes atau Dodol Kentang memang mudah apabila mengikut kaedah yang betul. Kalau teringin makan Puding Raja atau Satar (tidak dijual di sesetengah tempat) boleh ikuti resipi-resipinya. Yang penting, kita buat sendiri untuk sajian keluarga atau tetamu. Kuih-muih savuri seperti Getuk Keledek, Otak-otak Ikan atau Vade Urad Dhal sesuai bagi mereka yang tidak suka kuih-muih manis. Jika dibuat banyak dan dibekukan, ia boleh dijadikan hidangan buat tetamu dan juga dijual bagi menambah pendapatan. Kebanyakan resipi adalah mudah dibuat dan murah harganya. Jadi, berbaloi kalau dibuat sendiri. Anak-anak dan suami atau isteri juga boleh membawanya ke sekolah atau pejabat. Malah saya sendiri pernah membuat Kuih Lapis dan Kuih Rengas untuk dijual di ofis. Buku kuih-muih ini pasti menggembirakan kerana ia boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu atau ayah-ayah memasak sendiri di dapur. Bukankah lebih berkhasiat dan kebersihan terjamin jika makanan disediakan di rumah? Jom beli. Jom cuba.

Back to Top