PONTIANAK SAVANA

Author Name: Mohamad Jafri Ahmad
USUAL: RM23.00

NOW: RM 18.40 (-20%)

MEMBER: RM 18.40 (-20%)


Delivery To:

More info
In Stock.
Estimated day(s) of Delivery: 3
working days(Orders placed before 3pm ).

Product Info

  ISBN/Ean:9789671398210
Published Date: 2018/11/01
No. Of Pages: 133


 

Description

Pengembaraan adalah sesuatu yang hebat kepada yang menguatkan hati dan membuka mata hikmah. Rashid Trekker sekali lagi meneruskan pengembaraannya, dan kali ii ke Tebing Barat, Jordan dan Palestine. Banyak kenangan pahit, manis, semasa di dalam pengembaraan telah dicatatkan oleh penulis di dalam buku terbarunya ini. Semuanya telah dicatatkan oleh penulis di dalam jurnal travelog ini untuk tatapan semua. Pengalaman bersusah payah untuk memasuki sempadan antara negeri Jordan dan Palestine yang dikawal ketat oleh askar bersenjata Yahudi Zionis untuk tujuan pemeriksaan. Melepasi muncung senjata Israel di sempadan Jordan dan Palestine, agar dapat memijakkan kaki untuk sampai ke Masjidil al-Aqsa, Baitul Maqdis. Pengembaraan di dalam perjalanannya kali ini, sememangnya mencabar. Sehingga akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Pergunungan Nebo, Jericho (antara Kawasan penenpatan tertua di bumi), Nazareth, Baitul Laham (tempat kelahiran Nabi Isa a.s.), Sungai Yordania, Hebron (terletaknya makam Nabi Ibrahim a.s., dan keluarganya), Mount of Olives, Haifa, Tiberias, Cana, Tel Aviv, Jaffa dan juga Jerusalem (Baitul Maqdis). Lebih mengembirakan penulis ialah ketika dapat meraikan anak-anak yatim di Hebron dan juga di Jerusalem. Begitu juga kenangan dapat menziarahi masjid dan makam-makam nabi serta para ahli sufi sememangnya menjadikan penulis benar-benar teruja. Tidak ketinggalan penulis juga mencatatkan pengalaman pengembaraan di sekitar Jordan, seperti di Madaba, Laut Mati, Bandar Amman, Masjid dan Gua al-Kahfi, dan juga bandar kuno purba di Petra, Jordan. Pengalaman pengembaraan beliau di Jordan dan Palestine boleh dijadikan sebagai rujukan dan juga inspirasi kepada semua pembaca

Back to Top