Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Lelaki ini dikatakan lelaki paling dikehendaki di Malaysia pada PRU14. Lelaki ini mengubat rindu rakyat Malaysia kepada almarhum ayahandanya; Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Lelaki ini membawa auranya tersendiri, tenang, lembut, sentiasa tersenyum dan mudah didekati. Lelaki ini mendapat perhatian rakyat bukan Islam melalui ucapannya di himpunan rakyat di Putrajaya, Ramai yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat. Pasti anda juga sebahagian daripada mereka! Terkini! Kami bawakan untuk anda sebuah buku berkonsepkan ala biografi mengenai individu bernama Nik Omar Nik Abd Aziz. Ia diadun dengan isu semasa dan mengupas pendekatan yang dibawa oleh Ustaz Nik Omar untuk memberi imej Islam yang segar pada era Malaysia Baharu selepas PRU14. Buku ini juga menyorot situasi, cabaran yang dilalui oleh Ustaz Nik Omar ketika mendepani polemik PRU14. Kesimpulannya yang kita mahu peroleh dari buku ini adalah benarkah ustaz Nik Omar bakal menjadi penyumbang legasi Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau beliau menpunyai aura tersendiri dalam membawa imej Islam.
TABLE OF CONTENT
Penghargaan Prakata Pengenalan: Rindu Terubat Doa Husam Musa: Ustaz Nik Omar Bakal Menteri Besar Kelantan Pandangan Anbakri Haron: Ustaz Nik Omar Mirip Almarhum Ayahandanya Mohd Sayuti Omar Menulis Memori Seorang Sahabat: Ustaz Nik Omar Yang Aku Kenali Bab 1: Kemunculan Pertama Bab 2: Pesona Ustaz Nik Omar Bab 3: Siapa Legasi Amarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bab 4: Ustaz Nik Omar Dari Lensa Dekat Bab 5: Mengapa Bersama Pakatan Harapan Bab 6: Tun Dr. Mahathir Dari Kaca Mata Ustaz Nik Omar Bab 7: Islam Era Malaysia Baru Bab 8: Islam Rahmatan Lil ‘Alamin Bab 9: Raikan Yang Belum Islam Bab 10: Dari Medan Pendidikan Ke Medan Politik Bab 11: Berlumba-Lumba Buat Kebaikan Penutup: Ustaz Nik Omar, Permata Untuk Ummah