Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam adalah berdasarkan dua prinsip asas iaitu “Menyeru kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran” (al-Amru bil Ma’ruf wa al-Nahyu ‘anil Munkar). Kedua-dua prinsip ini juga menjadi asas kepada prinsip al-Hisbah yang menekankan tanggungjawab untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dan bebas daripada persekitaran yang tidak baik. Melalui prinsip ini, setiap individu, komuniti atau pemimpin masyarakat serta agensi-agensi yang berkaitan bertanggungjawab dalam mencegah atau sekurang-kurangnya membantu mencegah jenayah daripada berlaku. Jika tindakan pencegahan awal dapat dilaksanakan secara bersama dan berkesan kemungkinan pelakuan jenayah syariah dapat dikawal daripada berleluasa dalam sesebuah masyarakat.
DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI dilahirkan di Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Madinah dalam bidang syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama besar di Madinah. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana (Master) di Syria, seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (sejak 2000) dan Terengganu (sejak 2005) dan Pengerusi Majlis Syariah Bank Pertanian Malaysia (sejak 2006).
CONTENT PREVIEW OF THE BOOK
Buku Siri Siasah: Cegah Jenayah yang merangkumi hanya 8 Bab ini dinukilkan oleh penulis untuk membincangkan tentang isu pencegahan jenayah mengikut undang-undang Islam. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah mengenai Amar Makruf Nahi Munkar, Mencegah Kemungkaran, Ilmu dan Syarat Perlaksanaan Nahi Munkar,Hikmah dan Uslubnya,Kebenaran dan Sifat Sabar, Prinsip Nahi Munkar dan Kerugian Melanggar Prinsip Tuhan.