Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Mungkin kita tidak tahu atau terlepas pandang mengenai Maqasid Syariah satu isu yang perlu dilihat dan dikaji secara mendalam memandangkan banyak hal dan perkara yang bersangkutan dengannya khususnya dalam menilai hukum, dan pada masa kini, sifat global dalam kehidupan secara realiti di dunia.Ibn ‘Ashur berkata: “Bukanlah setiap mukallaf perlu kepada pengetahuan Maqasid al-Syariah, ini kerana mengetahui Maqasid al-Syariah adalah jenis yang halus dan seni daripada pelbagai jenis ilmu. Bahawa menjadi suatu hak bagi seorang alim mengetahui maqasid daripada ulama pelbagai tingkatan kefahaman dan penguasaan ilmunya.”
DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI dilahirkan di Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Madinah dalam bidang syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama besar di Madinah. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana (Master) di Syria, seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (sejak 2000) dan Terengganu (sejak 2005) dan Pengerusi Majlis Syariah Bank Pertanian Malaysia (sejak 2006).
CONTENT PREVIEW OF THE BOOK
Buku Maqasid Syariah : Satu Pengenalan Umum memdedahkan tentang pengenalan tentang apa itu Maqasid Syariah secara umumnya. Ianya merangkumi sejarah Maqasid Syariah, kepentingan Maqasid Syariah, tujuan Maqasid Syariah dan sebagainya.