Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Setelah sekian lama Hidayah menunggu jodohnya tidak kunjung tiba. Sampai satu tahap, dimana adiknya pula ingin mendirikan rumahtangga. Terasa berbolak balik hatinya. Hidayah seakan-akan berputus asa untuk terus menunggu dan dia merasakan seperti tiada lagi harapan untuknya mendirikan rumahtangga serentak dengan adiknya. Sedangkan mereka berdua sudah bercadang untuk berkongsi satu majlis bagi memudahkan urusan orang tua mereka serta ingin menjimatkan belanja. Tetapi, dia tidak pernah berputus asa dari Rahmat Allah. Dia yakin suatu hari nanti Allah akan sampaikan seorang insan yang terbaik untuk menjadi suaminya. Sifatnya yang ceria, tiada siapa tahu mendung dalam hatinya. Sukar untuk dia menepis bisikan-bisikan syaitan apabila dia ingin bersangka buruk dengan Tuhan dan berfikir bahawa Allah tidak sayangkannya. Dia yakin, Allah sediakan jodoh terbaik buatnya bila sudah tiba masanya. Dalam diam, dia terus melakukan amalan-amalan khusus bagi mempermudahkan urusan jodohnya. Tatkala Hidayah sudah tidak lagi berfikir soal jodoh, ketika itu Allah datangkan calon suami paling terbaik buatnya. Yang hadir melalui perantaraan bapanya. Jadi, bagaimanakah Hidayah boleh terbuka hati untuk menerima seorang lelaki yang dia tidak kenali menjadi seorang suami? Mampukah suaminya menjadi sebuah “pelangi” yang indah dan melenyapkan segala mendung kelam didalam hati?