Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
“Aku tahu kau tertekan dengan masalah hidup kau. Tapi, bunuh diri bukan caranya!”- AAFIYA Kali pertama pertembungan, salah faham berlaku. Wafeeq tak kisah sangat tentang perkara itu. Sebab dia fikir, itu adalah kali pertama dan terakhir dia akan jumpa Aafiya. Tapi... Sejak nama Aafiya, pelakon wanita terkenal tanah air muncul dalam kamus hidupnya, Wafeeq rasa keamanannya selama ini seakan-akan terganggu. Lebih-lebih lagi, bila Aafiya mula jadi jirannya dan rapat dengan Haris. Wafeeq rasa Aafiya penceroboh. Penceroboh yang cuba mencerobohi tembok kehidupan peribadinya. “Orang akan tetap kata aku gila. Orang akan tetap kata aku lemah iman. Kau pun tahu, kan? Just how cruel and ignorant people can be?” - AAFIYA Namun, entah sejak bila, kehadiran Aafiya juga semakin memberi kesan pada Wafeeq. Wafeeq sendiri tidak dapat memahami perkara itu. Barangkali kerana hatinya terusik melihat dugaan dilalui Aafiya. Semakin lama, dirinya semakin mahu melibatkan diri dalam kehidupan Aafiya. “Doesn’t matter. Sekalipun kau cuma akan melukakan aku, perasaan aku pada kau takkan berubah.”-WAFEEQ Selama ini, Wafeeq tidak fikir akan jatuh cinta sekali lagi. Sehinggalah Tuhan mengariskan perjalanan kisah mereka. Soal hati dan perasaan, siapa saja yang dapat jangka? Andai ditakdirkan dua jiwa bersatu, dari ufuk mana pun datang, mereka pasti bertemu kerana hati lebih tahu apa yang ia mahu.