Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Perubatan Ibnu Sina mungkin belum lagi terkenal di negara ini. Perubatan ini selalu disalah anggap sebagai perubatan homeopati, sedangkan terdapat banyak perbezaan antara kedua-dua disiplin ilmu perubatan tersebut, tanpa menafikan terdapatnya beberapa persamaan antara kedua-duanya. Perubatan Ibnu Sina, di sebalik usianya yang telah pun mencapai angka seribu tahun, masih lagi diamalkan secara serius dan efektif di India, Pakistan, Asia Tengah, dan Eropah. Malah, di India dan Pakistan, perubatan ini diiktiraf oleh kerajaan kedua-dua negara tersebut dan turut diajar di beberapa buah universiti sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Oleh itu, buku ini amat penting sekali dimiliki oleh mereka yang mahu mengkaji rahsia kemujaraban Perubatan Ibnu Sina, khususnya berkaitan bentuk-bentuk rawatan umum yang diamalkan dalam perubatan ini semasa merawat pesakit. Kaedah rawatan secara pencaharan, pemuntahan, perdarahan, bekam, enema, penggunaan lintah, kauteri, dan sebagainya perlu diketahui dan difahami terlebih dahulu sebelum kita membincangkan bentuk-bentuk rawatan khusus secara lebih terperinci dalam siri-siri Perubatan Ibnu Sina selepas ini. Insya Allah.