Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Sky merenung telefon pintarnya sambil menggigit hujung ibu jari kanan. Rasa menyesal pula. Mulalah mindanya bermain dengan kata-kata negatif lagi. ‘Macam mana kalau dia tak suka dan ignore je?’ ‘Macam mana kalau ada yang aku tersalah taip?’ ‘Macam mana kalau dia rasa aku ni pelik?’ Selama beberapa jam, dia asyik ulang benda yang sama; membuka dan membaca semula mesej yang telah dihantar kepada Kim Ha-neul. Risau sekiranya dia terbuat salah. Lebih teruk lagi kalau orang yang berkenaan tak balas atau terlambat balas. Sebab ia akan membuatkan Sky berfikir selama berhari-hari. Tak, bukan marah sebab lambat balas atau tak balas langsung. Cuma fikir diri sendiri ada buat silap atau apa. Orang seperti dia cenderung menyalahkan diri sendiri.