Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
" Kata orang kecewa dalam percintaan itu perkara biasa tapi tidak pada seorang lelaki yang bernama Tengku Kayden. Sakitnya terkandas dalam percintaan itu sangat sukar ditelan sehingga menjadikan dia seorang pendendam. Dek kerana itulah dia dan Zandra Nur Tatiana disatukan walaupun tanpa kerelaan gadis itu. Tujuannya hanya satu, dendamnya perlu terbalas. Kesakitan yang dirasakan selama ini perlu ada yang turut merasainya supaya hatinya puas! Adakah adil buat Zandra untuk terseksa kerana kesalahan orang lain? Siapa Dahlia Aisya? Apa kaitannya dengan dendam yang Tengku Kayden semat dalam hatinya sehinggakan Zandra yang menjadi mangsa kerakusan lelaki itu? Tanpa Tengku Kayden sedari dendam itu yang bakal membunuh kebahagiannya sendiri. Kena sangatlah dengan pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Mampukah kemaafan diraih setelah banyak hati yang dilukainya? Atau kebahagiaan itu telah mati hanya kerana DENDAM yang melingkar di hati?"