Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Bagaimana seorang pelajar dari Malaysia yang bernama Huda boleh dikebumikan di Jabal Muqottam, Mesir? Jabal Muqottam merupakan suatu tempat di mana ramai ulama dan aulia Allah SWT dimakamkan di tanah perkuburan tersebut. Istimewa sangatkah dirinya? Apa kebaikan yang telah dia lakukan hingga dia pergi dalam keadaan sebaik-baik pengakhiran sebegitu? Pemergiannya di hari yang mulia, hari Jumaat. Setelah pemergiannya, seorang demi seorang kenalannya mula membuka mulut dan bercerita akan kebaikan serta amalan-amalan insan hebat ini.