Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
“Saya…saya janji saya akan bayar setiap sen yang saya dah ambik. Saya tak sengaja…saya sangat perlukan duit waktu tu. Tuan tolonglah…tolong jangan bunuh saya. Saya janji saya akan bayar balik.” “Kau ada duit?” ringkas soalan yang dilontarkan Beast memotong percakapan Ratu yang sepertinya banyak lagi yang mahu dituturkan. Ratu tidak dapat mengesan nada sedang marah mahupun tidak pada suara itu tapi dia yakin lelaki seperti Beast tidak boleh dipandang remeh. Tak mampu Ratu bersuara maka dia hanya menggelengkan kepala. Itupun penuh rasa takut. Kepalanya tunduk melihat jari kaki sendiri. Kedengaran ketawa sinis keluar dari mulut Beast. Anak mata lelaki itu tajam melirik ke arah Ratu. Dari hujung rambut ke hujung kaki tubuh Ratu dianalisa. Perlahan Beast berjalan mengelilingi Ratu bersama renungan yang sedikit pun tidak dilarikan. Tanpa segan silu dia membelek figura Ratu dengan anak matanya. “Kalau kau tak ada duit, macam mana kau nak bayar hutang aku tu? Hmmm…” lembut sungguh suara Beast kali ini dan yang paling menjengkelkan Ratu adalah apabila kedudukan Beast terlalu rapat di belakangnya. Terasa nafas hangat Beast menampar cuping telinga. Sakitnya hati Ratu bukan sedikit. Kalau tak kerana dia takutkan Beast memang lelaki itu bakal makan tapak kaki size 7 tanpa kompromi. “Tuan boleh potong gaji saya. Semua pun tak apa, asalkan saya dapat bayar hutang tuan secepat mungkin.” Penuh yakin suara Ratu memberikan cadangan. Konon bernas sangatlah tu sedangkan bukan dia tak tahu Mak Puteh yang menunggu di rumah tentu saja naik hantu kalau dapat tahu tiada gaji yang akan Ratu terima sepanjang bekerja nanti. Ah! Salah Mak Puteh jugak. Kalaulah ibu saudaranya itu tidak rakus meminjam duit Haji Dol demi memenuhi nafsu membeli tentu saja perkara sebegini tidak akan berlaku dan dia pasti aman-aman saja melepak dirumah. “Gaji yang akan aku bayar pada kau tu pun datangnya dari aku. Pusing-pusing semua duit aku jugak. Aku tak nak duit.” “Habis tu tuan nak apa?” laju Ratu menyoal. Tidak peduli kalau suara kali ini agak meninggi kerana dia seolah dapat mengagak apa yang lelaki seperti Beast itu mahukan. “Bagus soalan kau. Aku nak…apa yang kau janjikan pada aku sewaktu aku bayar kau. Aku bayar kau seperti yang dijanjikan dan kau yang mungkir janji. Sekarang ni aku tuntut janji aku dan aku nak kau tunaikannya. Jangan cuba-cuba untuk mengelak, aku bukan seperti lelaki lain yang boleh kau perbodohkan macam tu je.” Terdiam Ratu. Otaknya ligat mahu mencari alasan demi melepaskan diri tapi ternyata tidak ada apa alasan lagi yang mampu dia cipta. “Tolonglah tuan…saya…saya sanggup buat apa saja tapi bukan…bukan jual diri saya pada tuan atau pada sesiapa pun. Saya tahu saya salah dan saya mengaku salah saya. Saya akan bayar balik semua duit tuan, saya janji tapi tolonglah…saya…tak nak buat perkara tu.” bergenang air mata Ratu demi merayu untuk maruah dirinya yang hampir tergadai saat ini. Ratu tahu dan faham yang segalanya berlaku atas kekhilafan dirinya sendiri dan orang yang patut dipersalahkan adalah dirinya. Dia yang membuka ruang pada lelaki-lelaki hidung belang. Satu kesilapan yang sangat bodoh dan Ratu sangat menyesal atas kebodohannya sendiri. “Tolonglah tuan…saya merayu…” air mata yang bergenang tadinya kini mengalir turun ke pipi. Untaian hangat itu laju dan tidak putus. Menunjukkan betapa sedih dan takutnya Ratu saat ini. Bersama pandangan yang berbalam, sempat lagi Ratu mengerling ke arah pintu mencari ruang dan ketika untuk dia melarikan diri. Ratu tahu dia tak mungkin dapat melepaskan diri dari lelaki seperti Beast tapi sekurang-kurangnya dia mencuba. Melihatkan kedua-dua orang bodyguard Beast yang agak jauh dari pintu seolah memberi sinar baru buat Ratu. Dia yakin kalaulah menggunakan pengalaman merentas desa masa zaman sekolah dulu pasti dia dapat melarikan diri tanpa dapat ditahan mahupun ditangkap dua orang lelaki berbadan tegap itu. Jantung mengepam darah dengan laju sehinggakan Ratu sepertinya dapat mendengar degupan jantungnya dicuping telinga sendiri. Parah sungguh rasa berdebar dan takutnya saat ini. Adrenalin makin tinggi, Ratu mengunci pandangan matanya ke arah pintu. Baru sahaja Ratu mahu memulakan pecutan bunyi handphone merencatkan agendanya. Bukan setakat itu saja, bunyi itu juga mengejutkan Ratu. Mujurlah dia tidak terlatah yang bukan-bukan. “Yes…” suara Beast kedengaran dengan handphone yang melekap ditelinga. Berbicara dengan orang lain tapi anak matanya langsung tidak lepas dari merenung ke arah Ratu. Yang si Ratu apa lagi makin menggigil tubuhnya dek ketakutan. Makin seram apabila Beast sudah menjarakkan handphone dari cuping telinga dan gadjet itu dicampak selamba ke atas meja. Uish! Bukan sembarangan handphone tu. Samsung fold yang nilainya belasan ribu ringgit! Tak dapat Ratu bayangkan kalau dia yang dicampak Beast. Kalau campak atas meja tak apalah. Kalau campak dalam gaung? Mak! Dia belum mahu mati…Beast yang makin merapat menakutkan Ratu. Rasa nak berdoa supaya pengsan sekali lagi.