Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
jo. Nyi Row Kidul dipercayai raw ghaib penguasa Laut Selatan. Pun cantiknya digambarkan scbagai makhluk jahat yang sedia mcminta korban sesiapa sahaja pclanggar pantang dan larangan di Pantai Selatan, tetapi ada juga anggapan bahawa Nyi Roro Kidul merupakan penguasa ghaib yang sedia menjaga tanalt Jawa lagi Yogya dengan bala kekuatannya. Banyak versi yang menerangkan tentang jati diri Nyi Roro Kidul. Ada yang mengatakan Nyi Roro Kidul merupakan keturunan-keturunan Raja Airlangga dad Kahuripan termasuk Raja Kediri Jayabaya. Ada pula cerita mengatakan bahawa Nyi Roro Kidul merupakan puteri mahkota Kerajaan Galuh yang pernah hidup pada abad ke-13. Namun yang paling terkenal dipercayai Nyi Row Kidul merupakan puteri Kerajaan Pakuan Pajajaran. Raja bernama Raja Prabu Siliwangi memiliki ramai anak, salab scorangnya bernama ?uteri Kandita yang sangat cantik mewarisi sifat ayahnya yang bijaksana. Raja Prabu Siliwangi sangat menyayangi Puteri Kandita dan sewaktu Puteri Kandita beranjak dewasa, beliau menjadi pewaris tunggal Kerajaan Pakuan Pajajaran. Namun keputusan Raja Prabu Siliwangi itu ditentang oleh anak-anak juga gundiknya. Hingga pada suatu hari pan gundik clan anak-anak Raja Prabu Siliwangi berkumpul untuk menyusun rancangan bagi menyingkirkan Paten Kandita. Scorang penyihir Sakti ilmu hitam pun dilibatkan untuk mengeluatkan Puteri Kandita dad istana Pakuan Pajajaran. Akibat sihir tersebut, Puteri Kandita menderita penyakit kusta dan tubuhnya dipenuhi kudis dan kurap yang mengeluarkan bau busuk. Raja Prabu Siliwangi merasa sedih dengan penyakit yang dideritai anak kesayangannya itu. Tabib istana dilibatkan, namun tidak ada seorang pun yang berjaya menghilangkan sihir jahat tersebut. Suatu hari para gundik dan anak-anak baginda datang menemui dan menghasut Raja Prabu Siliwangi. Mereka mengatakan bahawa penyakit Puteri Kandita berbahaya dan boleh menular kepada baginda raja. Muslihat jahat ini menyarankan agar Raja Prabu Siliwangi mengusir Puteri Kandita keluar dad istana Pakuan Pajajaran. Pada mulanya Raja Prabu Siliwangi menolak, namun dengan berbagai pertimbangan akhirnya baginda menyetujuinya. Tanpa sepengetahuan Puteri Kandita, ternyata Puteri Kandita mendengar juga pembicaraan tersebut. Beliau sangat sedih dan kecewa sehingga akhirnya beliau melarikan diri dad istana. Berhari-hari beliau berjalan menjauh dad istana sehingga sampailah di pcsisir pantai sclatan Jawa. Scwaktu huh menghampiri, Puteri Kandita memutuskan untuk tidur di atas batu karang dan di tengah lelapnya beliau bermimpi mendengar sebuah suara ghaib yang menyuruhnya terjun ke dalam hut agar penyakitnya dapat disembuhkan.