Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Kerusi yang ditolak Quehairy, isyarat untuk dia duduk, hanya dipandang dengan lirikan. Kalau ikutkan hati, memang dia nak halau saja lelaki itu pergi. “I tak datang untuk duduk.” Dahlia ketap rahang. Quehairy ketawa sinis. Memang inilah Dahlia yang dia kenal. Dan kerana inilah, dia sanggup buat apa saja untuk jadikan wanita ini miliknya. Ya, apa saja. You nak apa?” Bentak Dahlia. Melihat Quehairy yang ketawa begitu hanya mengundang amarah yang tak berpenghujung. Dia boleh saja menolak permintaan Quehairy untuk bertemu. Boleh saja mengarahkan security menghalau juga. Tapi, kali ini dia nekad mahu bertemu. Mengelak tak akan menyelesaikan masalah. Meletus lagi tawa Quehairy. “Kenapa? Ada apa cari I sampai ke sini?” Berpeluk tubuh, Dahlia berdiri jauh dari Quehairy yang sudah bangun mendekat. Hatinya masih gentar tapi, ini saja cara untuk berhadapan dengan lelaki ini. Dia perlu pura-pura kuat. Sampai bila dia nak mengelak. Bukan dia baru kenal Quehairy sehari dua, sejak lahir lelaki itu dah wujud dalam kehidupannya. “I nak jumpa tunang I.” Terjongket bibir Dahlia. Terasa jelik dengan panggilan tunang itu. “I dah ada suami.” Dahlia ingatkan fakta yang satu itu supaya Quehairy jelas. Kali ini, dengan bangga dia menyatakan fakta yang satu itu. Tanpa perlu berpura-pura. Tanpa perlu berbohong lagi. Dia sudah ada suami yang sah.