Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
“Tuan Jeyhan, ada lagi pakaian kotor yang perlu saya bawa?” Terkejut Luna bila Tina tiba-tiba muncul dengan bakul pakaian. Dia tak perasan pun Tina lalu di sini tadi. Nak kata Tina datang masa dia tengah mandi, tak logik pula sebab sejak tadi hanya dia dan Jeyhan saja di dalam rumah. “So far cuma yang ada dalam bakul tu aje.” “Errr, macam mana dengan tuala? Patutnya ada empat helai, tapi dalam ni cuma ada dua helai.” Wow, itu pun nak kira sekali ke dik? Luna tak berkenan gila dengan pembantu rumah yang sorang ni. Baru sehari dia duduk sini, dia perhati perangai Tina ni lain macam. Dalam diam suka mencuri pandang wajah Jeyhan. Lepas tu setiap kali bila bercakap dengan Jeyhan, bukan main lembut suara Tina. Mata pun langsung tak berkedip bila pandang Jeyhan. Entah-entah budak ni memang menaruh perasaan terhadap Jeyhan. “The other one is here. Nah.” Tuala kecil yang berlilit di kepala dibuka Luna dan dihulurkan pada Tina. “Total cuma tiga helai sebab saya kongsi tuala kecil dengan Jeyhan.” Luna senyum. Sengaja dia tekankan perkataan ‘kongsi’ sebab nak tengok reaksi Tina dan rasanya andaian Luna memang tak salah. Wajah Tina terus berubah, senyuman selebar jalan raya tadi tu pun mati serta-merta. “Noted, Puan Luna. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu.” “Yes, please. Lagi satu. Lain kali kalau ambik pakaian kotor, jangan datang waktu malam macam ni ya. Ambik aje the day after.” “Errr, biasanya memang saya ambik pakaian kotor Tuan Jeyhan waktu malam.” “Then mulai esok awak kena tukar timing tu, ambik pakaian kotor kami hanya pada waktu pagi. Atau saya boleh hantar sendiri setiap pagi.” Hah, ambik kau sebijik! Seriuslah Luna tak faham apa motif datang pukul sembilan malam semata-mata nak ambik pakaian kotor. Tak urgent pun sebenarnya. Puas hati Luna bila Tina hanya mengangguk dan berlalu pergi tanpa kata. Jenis yang macam ni memang kena ajar sedikit sebelum naik minyak. Bila Luna menoleh di sebelah, Jeyhan pandang dia semacam. “What?” Luna beriak selamba. “I smell something.” Jeyhan agak mesti Luna tak suka Tina. Dengan orang lain Luna okey aje, tapi bila dengan Tina ada saja yang tak kena di mata Luna. Layanan Luna pada Tina jugak tak mesra dan dingin semacam. “I smell something too. Datang malam-malam macam ni untuk apa? Dia nak buat servis laundry malam ni jugak ke? Mungkin nak sidai bawah bulan, esok pagi dah kering. Tak payah tunggu matahari keluar.” Pecah tawa Jeyhan. Boleh pula dia terhibur bila Luna marah begitu. “Apa salahnya dia datang ambik malam ni jugak?” Jeyhan mengalihkan tubuhnya menghadap Luna. “Eh hello, there is something called privacy. She should know about that.” “Hmmm, saya baru tau kita pun perlu ada privasi.” “Of course. Imagine kita ada bonding time, us-time or whatever time we have, then tiba-tiba orang datang tanya mana tuala kotor yang lain…sesiapa pun akan naik anginlah.” “Us-time?” Makin seronok Jeyhan menyakat. Ah, apa yang kau merepek ni Luna oi? Sebelum ini bukan kau cakap yang kau bencikan Jeyhan beribu kali ke? Luna mengetap bibir sendiri. Tak terkata dia melihat senyuman nakal Jeyhan.