Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Tumbuh-tumbuhan adalah termasuk dalam makhluk ciptaan Allah SWT. Ia dijadikan dengan tujuan-tujuan tertentu untuk manfaat manusia dalam kehidupan mereka. Ada yang dijadikan makanan dan ada pula perubatan serta hiasan. Kebanyakan orang hanya mementingkan hiasan halaman rumah mereka. Tidak ramai yang menitik beratkan hiasan dalaman rumah mungkin kerana faktor kebersihan mahupun penyelenggaraan. Buku 15 TANAMAN HIASAN DALAM RUMAH BAGI KESIHATAN & KECANTIKAN, ini akan mengubah persepsi dan tanggapan kaum wanita mengenai suasana dalaman rumah mereka. Sesungguhnya kewujudan tanaman di dalam rumah akan menambah keindahan serta keceriaan. Selain itu oksigen yang segar yang dihasilkan oleh tanaman tersebut juga turut menghasilkan udara segar seolah-olah anda berada di dalam taman.