Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Anas bukan Romeo. Dia tiada masa nak melayan perasaan gadis-gadis kilang yang berusaha untuk menjadi pasangan hidupnya, termasuklah Yusra. Dunia Anas hanyalah kerja dan kedua-dua orang tuanya. “Tengah hari nanti keluar makan dengan Yus. Jangan risau. Yus belanja.” - Yusra “Terima kasih ajelah. Aku nak guna kupon kantin.” - Anas Hati yang beku selama ini lama-kelamaan semakin cair dengan kehadiran Mel, seorang pengusaha kantin di kilang Anas. Lebih mengejutkan, Mel seorang janda anak satu. Faktor perbezaan umur tidak menjadi halangan. Sayang yang timbul semakin menggebu menjadi rindu yang membuak-buak. Hingga Anas sanggup persetankan pandangan orang sekeliling demi pilihan hatinya. “Salah ke Anas nak berkawan dengan Mel?” - Anas “Aunty ni janda, Anas.” - Mel “Tapi bukan isteri orang, kan?” - Anas Huluran kasih Anas menerima penolakan demi penolakan dari Mel. Namun, keikhlasan Anas telah melunakkan hati seorang Melati Aurora. Tapi ada halangan dan fitnah yang perlu mereka hadapi dalam hubungan mereka. “Cari perempuan lain yang lebih sesuai dan sebaya dengan Anas.” - Abah “Tolong saya, Krishnan. Anas nak buat tak senonoh pada saya!” - Yusra Sanggupkah Anas melepaskan Mel demi orang tuanya? Atau Mel sendiri yang mengundurkan diri demi kepentingan orang lain? Semuanya akan terjawab di dalam Encik Cuka & Mak Cik Gula.