Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
BANKRAP bukanlah penamat kehidupan sebaliknya permulaan sebuah perjalanan. Perjalanan menerokai dunia baharu - dunia bankrap yang penuh liku-liku. Untuk menempuh liku-liku perjalanan itu, kita perlulah mempunyai ilmu. Berbekalkan ilmu pengetahuan, bermulalah suatu pengembaraan; perjalanan yang susah akan menjadi mudah. Kerana sifatnya yang melibatkan istilah-istilah teknikal perundangan yang boleh mengelirukan masyarakat umum, ilmu kebankrapan memang amat jarang dikongsikan oleh mana-mana pihak, baik pihak berwajib mahupun pihak swasta di negara ini.