Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Aturan perkahwinan bukanlah satu hal yang digemari oleh Irene Alyssa, lebih-lebih lagi apabila aturan perkahwinan itu berdasarkan darjat semata-mata. Sementelah itu, dia juga masih belum dapat melupakan bekas teman lelakinya yang telah lama meninggal dunia. “You fikir I layak ke jadi isteri you?” – Irene Alyssa “They said you are fit to be the Crown Princess.” – Tengku Adrian Eiman Walaupun pada mulanya Alyssa menolak lamaran Adrian, namun dia terpaksa mengubah fikiran disebabkan beberapa insiden yang ‘mencalarkan’ maruah kedua-dua buah keluarga. Perkahwinan Alyssa dan Adrian sebenarnya aman dan harmoni sekiranya gosip-gosip lama Adrian bersama Camilla Leanne tidak dibangkitkan kembali oleh media. Meskipun Alyssa cuba bertenang dengan isu-isu suaminya bersama model tersebut, keyakinan dan kepercayaannya mula luntur setelah mengetahui Adrianlah penyebab kematian bekas teman lelakinya. “You akan terima balasan dengan apa yang you dah buat, Adrian.” – Alyssa Badai mula melanda apabila Alyssa dikhabarkan menjadi dalang dalam penyebaran gosip-gosip lama Adrian bersama Camilla selepas mereka berkahwin. Benarkah itu dilakukannya demi membalas dendam? Atau, ia sebenarnya permainan Camilla yang mahu mendapatkan kembali apa yang sepatutnya menjadi miliknya dari dulu?