0

There are 0 item(s) in your cart. ×

You have no items in your shopping cart.

' Penahan cinta 'Found 1429 Related Products
By Cik Tet
Perwatakan Husna yang degil dan suka melawan telah membuahkan rasa cinta dalam hati Amzar, seorang jejaka yang berumur awal 40-an. Lagi kuat Husna melawan, lagi besar keinginan dalam hatinya untuk memiliki anak manja Pak Cik Hamidi itu. “Una nak kahwin dengan saya?” “Tak naklah, Una. Dahlah tua, muka penuh dengan semak-samun. Gelilah, pak cik. Nak cari bibir pun tak jumpa.” “Kenapa nak cari bibir saya? Una nak buat apa dengan bibir saya ni?” Walau luaran Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 30.00 (-0%)

MEMBER: RM 27.00 (-10%)

By Miss Dee
"Perkenalan dengan Zaf tidak menyangka akan membawa Dania berjumpa dengan Zahin semula. Zahin Arsyad, lelaki yang telah menghancurkan hati dan perasaannya suatu masa dahulu. “I tak kenal you dan I tak nak kenal you. You ingat you hensem sangat ke? Cermin diri you tu dulu. Setakat you ni ramai lagi yang nakkan I. Bukan you seorang lelaki dalam dunia ni. Jangan berlagak sangatlah yang I akan jatuh suka dengan you. You siapa nak bergandingan dengan I?” - Dania Wafa. Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 20.80 (-20%)

MEMBER: RM 20.80 (-20%)

By Hani Fazuha
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi. Situasi menjadi lebih payah apabila orang yang dia anggap abang itu rupanya mencintai dirinya. Tapi, jalan untuk berundur ke belakang sudah tiada. “Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.20 (-20%)

By A.Darwisy , Suzani Nadzir , Faizul Rahim
KAIN IBU SYAITAN – A. DARWISY Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Apa pula kaitannya dengan siri kejadian seram yang menimpa mereka sebelum ini? Benarkah muzium itu berhantu Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 18.40 (-20%)

MEMBER: RM 18.40 (-20%)

By Sara Hezra
XARLHARIETH dan MYA ADELIA bertemu ketika sesi temuduga dan ia berakhir bukanlah dengan cara yang baik. Rentetan itu dengan tanpa sengaja beberapa lagi pertemuan demi pertemuan terjadi. Namun pertemuan dengan lelaki dingin dan ego itu tidak pernah tak malang buat Mya. Mya sudah naik serik untuk bersua muka dengan lelaki itu. Malangnya lelaki itu seolah membayangi langkahnya. “Ini kali ke-5 kita bersua muka tapi dalam situasi yang berbeza. Cuma sekarang saya tak faham ken Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 22.40 (-20%)

MEMBER: RM 22.40 (-20%)

By Rose Aleyna
Emel dan Mia, walaupun mereka membesar bersama-sama, namun mereka tidak rapat. Mia seringkali salah faham atas setiap tindakan Emel apabila berkaitan dengan cinta hatinya, Ahmad Zayed. “Kenapa Kak Mel sibuk menggatal dengan Zayed lagi? Apa dah tak ada jantan lain lagi ke Kak Mel nak menggedik?” – Mia Kerana terlampau sayangkan si adik, Emel seringkali mengalah. Bagi Emel, hidupnya hanya ada Mia dan abahnya. Walaupun telah berkali-kali juga Zayed menyatakan hasrat Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 26.10 (-10%)

By Syikin Zainal
Kecewa dengan jejaka yang diidamkan sejak dari kecil, Zetty mula bangkit. Sedar dirinya tidak mempunyai kelulusan, Zetty nekad untuk menceburi penternakan kambing. Usahanya itu menjadi hingga dia digelar 'ZettyKambing'. Kejayaan Zetty dicemburui oleh Saleha. Musuh tradisinya. Irfan sesorang lelaki yang sentiasa bertindak melulu. Mudah dipengaruhi dan tidak tetap pendirian. Selalu memandang semua perkara dengan remeh. Tidak pernah serius. Kecewa dengan perkahwinan yang di Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 26.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.40 (-10%)

By Nuriarina
Widad dikejar oleh konco-konco kelab malam kerana dipaksa melayani lelaki. Akhirnya Widad berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh Aidil. Rentetan itu, satu permasalahan yang tak disangka telah dihadapi oleh si lelaki yang sudahpun beristeri. Aidil terpaksa mengahwini Widad. Dia telah mengambil keputusan untuk merahsiakan perkahwinan kedua yang telah dipaksa oleh Zafrul. Semuanya untuk menyelamatkan si gadis daripada menjadi buruan konco-konco jahat kelab malam yang sebe Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 26.00 (-0%)

MEMBER: RM 20.80 (-20%)

By Luvis Eija
Kerana kenangan silam, Cinta Arissa menutup pintu hatinya untuk semua lelaki. Janji abang sepupunya, Hariz Ilman terus dipegang. Bertahun-tahun lamanya. 7 tahun Hariz pergi menyepikan diri, membiarkan Arissa terus hidup bersama kenangan silam; membuatkan perasaan rindu bertukar sedikit demi sedikit menjadi dendam. Kepulangan semula Hariz bersama seorang anak perempuan comel menambahkan lagi luka di hati Arissa. Tapi, kepetahan anak comel itu membuatkan hati kecilnya terpaut s Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 20.00 (-20%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Diya Jamal
Kerana satu insiden, Zalya nekad untuk mendekati Nazif walau dengan apa cara sekalipun. Apabila Nazif menafikan, Zalya mula menghantar pesanan WhatsApp ala-ala stalker hampir setiap hari. ‘Bila awak nak sambut?’ – Zalya ‘Sambut apa?’ -Nazif ‘Sambut salam cinta kasih sayang daripada saya. Cia cia cia…’ – Zalya Tidak cukup dengan serangan WhatsApp, Zalya sanggup menghentam kereta lelaki itu demi mencipta kebetulan. Kemik kereta lelaki itu dikerjakannya. Namu Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 20.00 (-20%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Ana Eimaya
Kalau bertunang tak semestinya sampai ke jinjang pelamin. Lebih kurang dua bulan saja lagi, status diri Nur Adinda dan Tengku Haidar bakal bertukar single kepada married. Namun, sedang hati mereka memandu menuju pelamin angan, tiba-tiba ada pula yang datang melanggar. Terus jadi ‘pelamin anganku musnah’. “Tolong tarik balik keputusan awak. Kita dah nak berkahwin, kan sayang?” – Haidar “Tak nak dan tak mungkin! Sebab tak lama lagi kita nak jadi suami isterilah sa Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 22.40 (-20%)

MEMBER: RM 22.40 (-20%)

By Karra Ryna
“Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua benda aku boleh beli, faham?” – Thalea Aleesya “Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat.” – Razin Qayyim Pertemuan mereka bermula dengan pertengkaran. Thalea yang berlagak membuatkan Razin naik angin. Namun, pertolongan Razin pada malam itu membuatkan Thalea terhutang budi. Dia cuba mendekati Razin untuk membalas budi lelaki itu. Namun, ada saja Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 19.20 (-20%)

MEMBER: RM 19.20 (-20%)

By Shima Awang
Benarlah penantian itu satu penyeksaan. Dek memungkiri sebuah janji, Nur menggelar orang yang paling disayanginya manusia munafik! Lelaki itu menghilang tanpa khabar berita bertahun-tahun lamanya. Kebisuan dan kehilangan lelaki itu memberi tamparan hebat buat Nur. Perasaannya buat lelaki itu semakin pudar dan tawar, tetapi dalam masa yang sama dia merindui lelaki yang pernah dianggap lebih sebagai seorang abang. “Abah tipu! Tak mungkin manusia munafik tu bagi cincin dekat Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 20.00 (-20%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Wannie Nordin
“Nama saya Intan Darissa binti Ahmad Imran.” – Darissa Bagaikan terpaku Hakim mendengar suara itu memperkenalkan dirinya. Cantik macam bidadari kayangan! Memang cantik, secantik Miss Universe! Ya… Miss Universe! Itulah gelaran yang sewajarnya diberi untuk gadis cantik yang telah berjaya membuat hati lelakinya terusik dan terpikat dengan hanya sekali pandang sahaja. Tetapi, ternyata untuk memiliki cinta Miss Universe yang bernama Darissa itu bukannya mudah; penuh deng Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 20.80 (-20%)

MEMBER: RM 20.80 (-20%)

By Daisy Zahra
Nadira tidak pernah menyangka, rumah tangga yang dibina bersama-sama dengan Khairy atas nama cinta, akhirnya roboh begitu saja. “Abang tetap dengan keputusan abang nak ambik dia jadi isteri?” – Nadira. Bila Khairy tetap dengan keputusannya demi kesenangan hidup, Nadira minta dilepaskan untuk mencari bahagianya sendiri. Sungguh, dia tidak sanggup berkongsi kasih. Gara-gara nasi lemak Nadira yang pernah dia jamah ketika berada di kampung Rafiq, Elman jadi tidak tentu ar Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 20.80 (-20%)

MEMBER: RM 20.80 (-20%)

By Aireen Aryana
Kay Dhamina muncul di Syarikat Fantasia Interior Design dengan satu misi. Misi mencari jawapan kepada siapa yang menyebabkan adiknya Rose Dhamia menderita Anhedonia. Pasti tekanan yang diterima Rose sangat hebat semasa bekerja di syarikat itu. Apa yang berlaku sebenarnya? Lebih menghairankan Kay, semua orang termasuk keluarganya sengaja merahsiakan perkara sebenar daripadanya. “Kalau betul, biar Kay yang cari dan gali sendiri rahsia yang semua orang cuba simpan ni. Dan Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 20.00 (-20%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Adry Tihani
“Saya takkan lupakan awak. Saya takkan lupakan wajah awak. Saya akan cari awak dulu, sebaik sahaja saya pulang ke Malaysia. Saya janji.” ADI FAKHRI. “Saya akan tunggu awak balik.” NAJIHAH. Najihah dan Adi Fakhri bertemu ketika mereka masih di bangku sekolah di Langkawi. Perpisahan terjadi apabila keluarga Adi Fakhri terpaksa berpindah ke luar negara. Najihah yang merupakan anak yatim dan tinggal di Rumah Nur terpaksa ditinggalkan Adi Fakhri dengan hanya satu janji. Learn More
USUAL: RM22.00

NOW: RM 22.00 (-0%)

MEMBER: RM 17.60 (-20%)

By Sharina Elisa
RIZ… Aku suka conteng muka orang. Conteng-conteng sampai hasil dia gempak. Tapi ramai orang tak percayakan aku. Kalau bukan kerana Mai, member aku yang ayu plus comel tu, confirm butik pengantin kami ni akan lingkup. Rakyat Malaysia ni kolot ke apa? Mereka ingat aku ni tomboi, tak reti nak bagi impak kebabom? Sekali aku mekap muka dia orang, meleleh air liur tak percaya. Itulah, jangan judge orang tak pakai mata. “Dunia makin hari makin maju. Macam tu juga dengan mekap Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 19.20 (-20%)

By Norra Hassan
Kata Adhara, dia tidak akan menuntut hak sebagai sebagai isteri. "Walaupun I tak minta cinta, I minta you berlaku setia." - ADHARA Pinta Altair, jangan jatuh cinta kepadanya. "Aku tak akan jatuh cinta dengan kau. Aku hanya mahukan Nazira." - ALTAIR Demi menyembunyikan aib dalam perut, Adhara mencari seorang suami. Demi melindungi Nazira yang dicintai, Altair rela mempertaruhkan diri walaupun nanti si kekasih bakal membenci. Atas persetujuan bersama, akad dimaterai. Mereka Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 20.00 (-20%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Arniza Idayu
“Lina, mulai esok kau tak payah lagi buat kerja teruk-teruk tu. Sepatutnya kau anak dara ni, jaga badan, jaga muka. Bukan buat semua kerja tu. Tengok lengan kau tu, berurat. Entah jantan mana yang suka dekat kau. Dah la perangai mengalahkan jantan.” – PEAH Sinis kata-kata itu membuat dia berfikir… sampai bila ujian datang tanpa berhenti menguji diri? Membesar bersama Tok Mek dalam keadaan serba kekurangan membuatkan Adlina dlilingkari masalah keluarga yang tiada berp Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 21.60 (-20%)

MEMBER: RM 21.60 (-20%)

By E-man Sufi
Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa! “ Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau ter Learn More
USUAL: RM22.00

NOW: RM 22.00 (-0%)

MEMBER: RM 19.80 (-10%)

By Rissa Adhiya
Jika ditanya tentang bahagia, Suri rasa dialah wanita paling bahagia. Punya suami yang mencintainya sepenuh hati, punya mentua yang sangat mengasihi. Tapi, kekurangannya sebagai wanita seringkali membuatkan hatinya menangis dalam diam. Dia diuji ketika leka mengulit cinta yang sudah lama ditunggu, Haikal mula dilupakan. Haikal berjanji akan terus mengasihi, tapi Haikal jugalah yang mula berpaling pergi. Hatinya luka bila kekurangan dan khilafnya mula dibentang Haikal. Ya, mem Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.30 (-10%)

By Myra Ameer
“Tak, abang tak akan ceraikan Fiya walaupun abang kahwin dengan Maya. Abang nak Fiya tahu bagaimana rasanya hidup digantung tak bertali!” – Farhan Kata-kata itu ibarat halilintar yang meremukkan hati seorang isteri. Kejamnya Farhan! Sudahlah cintanya dikhianati, kini maruah diri diinjak pula sesuka hati. Safiya, dalam lembut ada tegasnya. Dalam tenang ada jiwa yang membara. Hati menangis tetapi untuk menunjukkan kepada Farhan betapa lemahnya dia, tidak sekali-kali! Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 20.00 (-20%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Emma Zara
Afeeya Daniella binti Datuk Ammar, gadis pan-Asia yang punya segala kelebihan. Namun kerana satu fitnah, Afeeya dibuang oleh bapa kandungnya sendiri pada hari kematian ibunya. Malah kerana fitnah yang sama juga, hubungan Afeeya dan kawan baiknya, Anissa telah musnah. Afeeya akhirnya terpaksa membawa diri dengan identiti yang disembunyikan. Namun takdir Allah, Afeeya terpaksa disatukan dengan lelaki yang begitu membencinya. Dialah Irfan Sufyan Tan Sri Yusuf! “Fan akan kahw Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 21.60 (-20%)

MEMBER: RM 21.60 (-20%)

By Ilya Abdullah
ELEANOR… anak kedua Datuk Ariffin yang kuat memberontak dan paling keras kepala. Berang dengan aturan perkahwinan untuk menyatukan dia dengan anak lelaki Puan Marlia, kasanova tersohor mengundang kematian papanya. Pelbagai masalah mengepung hidupnya. Masalah hutang syarikat papanya, keretakan hubungan di antara dia dengan adik perempuannya, Elena Maria… permusuhan dengan kakak iparnya, Susana dan bosnya yang mahu menjadikan dia isteri ketiga. Juga cintanya yang dikhianat Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 20.80 (-20%)

MEMBER: RM 20.80 (-20%)

By Mastura Abdullah
Kahwin dengan pilot handsome? Oh, Itu mungkin harapan gadis cantik yang lain tetapi bukan impian Nadyne Umairah! Kerana Dayyan Putra adalah pilihan mama, mahu tak mahu Umairah akur. Rupa-rupanya, ada sesuatu yang Umairah tidak tahu tentang Dayyan. Lelaki itu, tanpa segan silu mengajak dirinya membuat dosa menyebabkan Nadyne Umairah membenci Dayyan. Umairah bertekad, biarpun terpaksa melukakan hati mama, dia tidak akan sekali-kali mengahwini Dayyan. “Terima kasih atas semua Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 20.80 (-20%)

MEMBER: RM 20.80 (-20%)

By Mamoru Hosoda
IBU... JANGAN RISAU, KAMI DAH BESAR. Yuki dengan sengaja cederakan Souhei dengan kuku serigalanya. Bererti... dia dah mungkir janji pada ibunya. Ame pula semakin cintakan hutan. Lantaran pada suatu hari ketika ribut melanda... suatu insiden berlaku melibatkan pilihan jalan hidup bagi Ame dan Yuki. Mampukah Hana menempuhinya? Kisah penamat menyentuh hati bagi perjalanan selama 13 tahun Hana sebagai seorang ibu. Learn More
USUAL: RM12.00

NOW: RM 12.00 (-0%)

MEMBER: RM 10.80 (-10%)

By Ichigo Takano
Pada musim bunga tahun kedua sekolah menengah tinggi, Naho terima sepucuk surat daripada dirinya dari 10 tahun akan datang. Surat mengandungi permintaan kepadanya yang berumur 16 tahun ketika itu berbunyi. "Aku tak nak kau menyesal macam aku dulu..." Kisah cinta fantasi bertemakan keakraban persahabatan remaja yang mengambil tempat di Matsumoto, Nagano. Learn More
USUAL: RM12.00

NOW: RM 12.00 (-0%)

MEMBER: RM 10.80 (-10%)

By Anna Milla
Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan. Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh k Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 19.20 (-20%)

MEMBER: RM 19.20 (-20%)

By Fatiah Zohar
Bahagia itu subjektif. Bukan hanya dengan bercinta mahupun berkahwin. Itu prinsip hidup Nawwar Sufiy. Dia menanam sifat prejudis terhadap insan bergelar lelaki dan tidak pernah percaya bahawa sebuah perkahwinan mampu menjanjikan kebahagiaan. Apa yang Nawwar percaya, hidupnya akan lebih bahagia tanpa adanya seorang lelaki. Prinsipnya itu dicabar oleh seorang lelaki. Izz Zareef, lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hati Nawwar yang selama ini tertutup daripada cinta. Di Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 19.20 (-20%)

MEMBER: RM 19.20 (-20%)

By Anna Milia
Panas! Meletep Kebabom! Itu yang dirasakan oleh Hazran setiap kali bertemu Athea. Ketika pertemuan pertama, gadis yang disangka janda anak dua itu berebut pek Panadol dengannya. Berlakulah siri pertemuan seterusnya. "Awak lagi?" - Hazran "Apa salah anak-anak saya kali ni?" - Athea Cermin tingkap rumahnya dipecahkan dan kucing kesayangannya dicuri. Semuanya angkara Athea dan anak-anak. Malah, Athea punca dia putus tunang dengan Bella. Namun, siapa sangka jiran yang dipandan Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 20.00 (-20%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Aunie Ayunie
Semua orang ada pendapat sendiri tentang cinta. Dan, cinta itu sendiri bersifat universal dan menyeluruh. Bagi Saif Inayat, tiada yang lebih penting dalam hidupnya melainkan kebahagiaan mama, papa dan adiknya, Reza Arman. Kasih sayangnya terhadap Reza mengatasi segala-galanya. Tapi bagi Zara Ayiqin, Saif adalah lelaki yang paling menjengkelkan di dunia. Saif selalu tayang muka ketat. Serius 24 jam! Walaupun mereka terikat dengan ikatan sepupu, tapi Saif melayannya macam oran Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 18.40 (-20%)

MEMBER: RM 18.40 (-20%)

By Shazie Kamaruzaman
Gila! Rose buat keputusan gila bila dia nak tumpang ‘bersembunyi’ di penthouse mewah Seth. Atas dasar simpati, Seth bersetuju. Tapi, ada syaratnya. Seth kata jangan menyesal! Daripada duduk goyang kaki tak buat apa, Rose ofer diri bekerja di SM. Automatik Seth jadikan Rose sebagai PA kepada PAnya. Kalau dah di rumah berjumpa, di ofis pun bertemu mata, memang banyaklah perang mulut terjadi. “I ni bos kepada bos you. Jadi, you kena ikut apa yang bos kepada bos you ni ca Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 20.00 (-20%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Zaza Qry
Istihana betul-betul rimas dengan bekas abang iparnya. Kubur isteri masih merah dia sudah bersetuju berkahwin. Kalau dengan orang lain, Istihana tak hairan, tapi mahu dijodohkan dengan dirinya. Mereka ingat Istihana ini barang mainan? Boleh buang jika tak suka dan simpan apabila suka? “Isti, kenapa nak lari jauh daripada abang?” – Ilhan “Aisy, saya tak sukalah awak dekat dengan saya. Rimas!” – Istihana Selepas kahwin, Istihana buat kerja gila. Kerana rimas berde Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 20.00 (-20%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Nurfaza Alisya
Setelah Lukman memutuskan pertunangan, Mawar sudah tidak mempercayai mana-mana lelaki dalam hidupnya. Kesakitan itu benar-benar mengajar Mawar untuk lebih berhati-hati dengan mana-mana lelaki. “Saya tak suka berkawan dengan awak sebab awak bajet awak ni bagus sangat.”- Mawar Zahra “Kalau saya tak bagus, macam mana saya boleh jadi kapten bola untuk curi hati Cikgu Mawar?”- Syed Aariz Sebaik dia reda dengan perpisahan, muncul Syed Aariz mula mahu mendekatinya. Sakit h Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 20.80 (-20%)

MEMBER: RM 20.80 (-20%)

By Aunie Ayunie
“Sapu-Sapu Sdn Bhd? Eh, saya tak ada minta servis sapu-sapu pun.” – Nayla. “Itu nama syarikat akulah, sengal. Aku bukan nak servis. Aku datang sebab nak tarik kereta kau. Dah empat bulan tak bayar, kan?” – Riyad. Pertemuan pertama yang sadis itu membuka peluang untuk Nayla membalas dendam kerana hatinya telah dikhianati Hezri. Riyad pemilik Syarikat Sapu-Sapu Sdn Bhd dijadikan kambing hitam untuk Nayla merealisasikan rancangannya. Riyad pula setuju saja kerana ba Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 18.40 (-20%)

MEMBER: RM 18.40 (-20%)

By Zarini Mansor
Ris mendesak Ched menyertai kumpulannya untuk menghasilkan sebuah permainan komputer – Binary. Tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Ched dengan alasan dia sudah tidak berminat terhadap bidang pengaturcaraan. “Lupakan ajelah cabaran tu. Hidup ni tak cukup mencabar lagi ke sampai kau nak stress pasal coding bagai ni? Dahlah, lupakan aje. Aku pergi dulu.” “300 ribu, Ched. Bahagi enam orang, seorang dapat 50 ribu.” Ched sertai Ris dan rakan-rakannya yang turut sama Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 18.40 (-20%)

MEMBER: RM 18.40 (-20%)

By Ruqayyah Muhd
Semua ibu, mahu berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan. Mahu anak yang sihat dan lahir sempurna. Apabila melalui alam berpantang, tiada ibu mahu melalui tempoh berpantang yang sukar. Sering kali juga dimomokkan dengan mitos-mitos yang tidak masuk akal. Tempoh berpantang juga adalah tempoh ibu belajar menyusukan anak. Semua ibu yang menyusukan anak, mahukan air susu itu dapat menjadi sumber nutrisi yang berkualiti buat anak. Matlamat mahu menyusukan anak secara eks Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 24.00 (-20%)

MEMBER: RM 24.00 (-20%)

By Ayuma Umairah
CINTA, hadirnya memberi pelbagai reaksi, ada yang sudi menerimanya sepenuh hati, menjaga sepenuh jiwa. Ada yang membenci tanpa henti, dipandang pun tak sudi. Ada yang sedar kehadiran cinta tapi tidak mahu memperduli, dibiarkan Cinta sendiri seperti menagih kasih dari yang tak sudi. Jika tiada yang mahu menjaga Cinta biar dia sahaja yang memberi kasih, lagipun Cinta sudah lama wujud dalam hidupnya, tanpa Cinta harinya tak akan ceria, tidurnya tak akan lena. Tapi adanya Cinta j Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 22.40 (-20%)

MEMBER: RM 22.40 (-20%)

By Azura Rasiddin
Setelah lima tahun melarikan diri ke Barcelona, Heidry pulang ke tanah air untuk menyelamatkan kafe arwah mummynya. Kepulangannya memberi seribu satu erti kepada seseorang. Seseorang yang menantinya selama tujuh tahun. Lebih tepat lagi, tujuh tahun lapan bulan, sepuluh hari. “So, maknanya selama ni kau bukan tak nak fikir pasal kahwin sebab takut bakal suami kau tu tak boleh terima Hafiy, tapi sebab kau tengah tunggu lifetime crush kau?” – Erin Bila lifetime crush Far Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 30.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.00 (-20%)

By Zan Zarida
Utuhkan hatiku buat dirinya... ‘Berkolaborasi’ dengan Zain Arash sampai lelaki itu sanggup memberi cincin? Ingat bercinta ni sama dengan berbusiness? Peliknya, Miya Adeena tidak sedar bagaimana boleh terpikat dengan lelaki itu. “Tak baik marah-marah. Jom kita pergi masjid kat depan tu. Hari ni kita dirikan solat, siapa tahu hari lain kita dirikan masjid pulak.” ~ Zain Arash Begitu pun, Miya memulangkan cincin itu kerana mahu Arash menghantar rombongan rasmi. Malan Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 19.20 (-20%)

By Takara Akegami
Sebelum aku jumpa kau... Sejujurnya, aku ni popular. Tapi langsung tak tahu apa-apa fasal cinta dan aku rasa semua gadis sama je. Aku tak dapat nak kawal cinta ni. Bila dengan kau, aku selalu dan sengaja tunjukkan sisi tak cool. Ayat-ayat senang yang aku cakap kat perempuan lain akan jadi berpusing-pusing bila aku ucapkan kat kau. * Hangat, berdebar-debar dan membuatkan korang tersipu-sipu tanpa sedar bila membacanya. Kisah cinta romantis antara jejaka dan gadis suci ini Learn More
USUAL: RM12.00

NOW: RM 9.60 (-20%)

MEMBER: RM 9.60 (-20%)

By Keiko Notoyama
Cinta ini untuk selamanya... Miyu sukakan Haruto. Tetapi suatu hari dia ditinggalkan. Apa Miyu perlu buat agar dia dapat bersama Haruto? Ikut kata hati, mati. Ikut rasa, binasa. * Kompilasi enam kisah seram tentang emosi gadis yang dipersembahkan dengan begitu menarik. Learn More
USUAL: RM12.00

NOW: RM 9.60 (-20%)

MEMBER: RM 9.60 (-20%)

By Muhammad Yusuf
JIKA ANDA MEMILIKI KEINGINAN YANG TERASA BERAT UNTUK DIKABULKAN, ATAU ANDA MEMILIKI HAJAT YANG INGIN SECEPATNYA TERCAPAI, ATAU ANDA MEMPUNYAI MASALAH YANG TAK KUNJUNG SELESAI, ADUKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH SWT MELALUI SOLAT HAJAT. NESCAYA ALLAH SWT AKAN MEMUDAHKAN JALAN ANDA UNTUK MEREALISASIKAN SEMUA IMPIAN ANDA DAN MEMBERIKAN JALAN KELUAR BAGI KESULITAN YANG ANDA HADAPI. SUDAH BANYAK BUKTI YANG MENUNJUKKAN "KEAMPUHAN" SOLAT HAJAT SEBAGAI JALAN UNTUK MERAIH IMPIAN. BUKU Learn More
USUAL: RM14.00

NOW: RM 14.00 (-0%)

MEMBER: RM 12.60 (-10%)

By Syuhada , Aisyah , Era
Nasihat Nabi Kita adalah himpunan hadis-hadis Rasulullah SAW dan disertakan dengan cerita yang menarik dan penuh manfaat sebagai rujukan kepada kawan-kawan! Pelajari cara Rasulullah SAW menjaga silaturahim. Cara Rasulullah SAW bekerja dan beribadah. Serta pelbagai lagi sunah Rasulullah SAW. Selamat membaca. Semoga kita tergolong dalam kalangan umat yang mencintai dan dicintai Rasulullah SAW. Selamat membaca. Semoga kita tergolong dalam kalangan umat yang mencintai dan cinta Learn More
USUAL: RM10.90

NOW: RM 10.90 (-0%)

MEMBER: RM 9.81 (-10%)

By Afieyza Isahak
Kau milik dia, bila darahnya menitis pada matamu... Setelah bertahun-tahun tidak pulang ke kampung, kini Hakim kembali bersama isteri dan anak-anak atas tuntutan kerja. Hanya itu kampung yang Hakim ada kerana dia dipelihara oleh keluarga angkat sejak kecil. Rumah pusaka itu terpaksa didiami semula meskipun tahu kepulangannya bagaikan menjerat diri sendiri. Kukur berdarah mencari warisnya. Sudah lama ia menanti kepulangan Hakim. Tanpa siapa ketahui, ada yang menjaga kukur i Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 18.40 (-20%)

MEMBER: RM 18.40 (-20%)

By Ezdiani Abd Rahman
“Lain kali nak parking kereta guna akal, bukan guna kepala lutut. Kalau dah tahu nak keluar lama tinggalkan nombor telefon. Taklah menyusahkan. Stupid!” – Raif Widad Ditulis sebesar-besarnya pesanan itu kepada pemilik kereta yang menghalang keretanya. Puas hati bila dapat menconteng bonet kereta itu. “Eh, awak ni memang samseng jalanan ke? Sesuka hati pecahkan cermin tingkap kereta saya tu. Tahulah kereta saya tu murah tak semahal kereta awak.” - Eshal Perkenala Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 26.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.40 (-10%)

By Mariyati Miskon
Dipinang orang? Kalau orang lain, dipinang orang, biasalah tu kan? Tapi, untuk sweet seventeen macam Dania Hana memang luar biasa. Lagi-lagi daripada orang yang tak dikenali. Gila ke apa? Eh, tak nak klise… kahwin paksa + paksa kahwin. Tetapi Qayyum ni bijak, bagi ayat yang manis macam gula, mulalah Dania blink-blink love dekat Qayyum. Sekuat apapun Dania menolak, tetap saja namanya yang terucap saat diijab kabul. “Bagi abang apa pentingnya hubungan ini?” – Dania Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 26.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.40 (-10%)

By Rina Farizq
BUDAK JAHAT itu membuatkannya bahagia dan menyemarakkan rasa cinta tapi tak sangka, Budak Jahat itu jugalah yang telah menghancurkan hati dan perasaannya dengan kejam! Saat dia menjalani kehidupannya yang baru selepas terluka dan dikecewakan, Budak Jahat itu boleh pula muncul semula. Mengapa? Sungguh dia tak suka! “I nak you lepaskan I. I nak bebas seperti you bebas memilih perempuan lain semasa I masih bersama dengan you sebelum ni.” - Minah “No. Never!” – Tengk Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 22.40 (-20%)

MEMBER: RM 22.40 (-20%)

By Farah Deraman
Cinta pertama Aira bersama Hakimi telah lama tersulam indah sejak zaman sekolah menengah lagi. Namun, impian mereka untuk ke jenjang pelamin musnah di tengah jalan bila mama Aira, Puan Azlinda bermati-matian menghalang dengan alasan Aira tidak akan bahagia menjadi isteri kedua Hakimi. Aira akur. Sementelah mamanya sendiri telah merasakan peritnya hidup bermadu. Tika pintu hati ditutup rapat untuk lelaki, Zafran hadir menawarkan sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak pernah Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 21.60 (-20%)

MEMBER: RM 21.60 (-20%)

By Fakhrul Anour
"Manusia dan perasaan ingin dikasihi berpisah tiada. Berdukacita dalam pasrah dan sabar, berteka-teki, bersangka-sangka... sampai bila-bila pun takkan berakhir. Jalan terbaik, berterus terang. Luahkan. Jadi jiwa pun lapang. Terimalah nukilan kisah cinta terbaik Fakhrul Anour buat peminat tersayang~" Learn More
USUAL: RM12.00

NOW: RM 12.00 (-0%)

MEMBER: RM 10.80 (-10%)

By Mamoru Hosoda
"MANUSIA, JADILAH SEBAIK-BAIK CIPTAAN Jejaka yang Hana temui semasa di universiti berasal dari keturunan serigala. Di pengakhiran cinta bagaikan kisah dongeng ini, Hana dikurniakan dua anak serigala, Yuki dan Ame. Namun... adakah kelahiran ini permulaan sebenar untuk kisah pengorbanan Hana?" Learn More
USUAL: RM12.00

NOW: RM 9.60 (-20%)

MEMBER: RM 9.60 (-20%)

By Ainon Zaini
“Naga jumpa buaya. Dua-dua menyusahkan orang.” – JULITA Mr. Erwin, naga jadian yang buat Julita berapi sepanjang masa. Suka sangat mamat garang ni menghura-harakan hidupnya. Semua nak ikut kata dia. Poyolah dia ni. “Kerja tak boleh main-main. Awak sudah cederakan pekerja lain. Saya bagi warning akhir. Kalau mahu kerja, mesti perangai cantik. Kalau tidak, awak boleh berhenti kerja – MR. EDWIN Julita ketap bibir membendung perasaan. Rasa mahu sepak-sepak saja bos y Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By Alya Husna
“Jalankan tugas saya. Rawat hati awak.” – SYAH “Ra.. wat hati?” – MUJAHADAH Sejak bila rawat hati dah jadi skop kerja dia? Syah rasa nak tampar mulut sendiri bila dia dah berani jual ayat acah-acah lelaki nak mengayat. Ini semua Hantu Kina punya pasal. Dulu, satu calon pun dia tak berkenan. Bila hati dah mula sangkut, Hantu Kina tak kasi peluang langsung. “Saya ni bukan macam perempuan lain yang boleh awak gulakan sesuka hati.” MUJAHADAH “Bila masanya saya Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.30 (-10%)

By Izam Qahiera
Mula-mula dia melangkah masuk, Bariah dah berkerut dahi memandang lelaki berbadan ala-ala model majalah Playboy itu. Muka kacak. Badan boleh tahan. Bergaya pula tu. Bibir Bariah automatik mengukir senyum sinis. Mana taknya… Dia cikgu tadika! Bariah dah ketawa geli hati. Tambah pula disuruh panggil Cikgu Mimi. “Oi, cik kak! Saya tahu apa yang awak fikir. Pelik sangat ke orang lelaki jadi cikgu tadika?” - Suhaimi “Eh, saya tak cakap apa-apa pun.”-Bariah “Memanglah Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

Kucing telah mendominasi peradaban sejak zaman Nil lagi. Di mana ada manusia, di situ kucing mengiau. “Miau, miau, aummm…” Itulah jampi yang berkurun membuat manusia jatuh cinta pada bangsa berbulu yang licik, nakal, dan kaki jilat ini. Manuskrip ini jadi dalil betapa kucing telah menawan manusia. Di rumah. Di pejabat. Di kedai makan. Di tepi jalan. Segala-galanya kucing. Cuma AWAS. Jangan sampai buku ini sampai ke tangan bangsa anjing, burung, atau tikus! Panjang cer Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Aisya Sofea
Muhammad Yusuf Mikhail. Itulah nama lelaki yang bakal disatukan dengan Ana. Walaupun Ana cuba menentang kehendak dan perintah kedua-dua belah keluarga dengan seribu macam alasan, akhirnya dia terpaksa akur. Berkat kesabaran dan kesungguhan Yusuf, akhirnya cinta menyatukan dua hati ini. Fizah, teman baik Ana yang telah lama bercinta dengan Yusuf menyimpan hasrat untuk mengahwini lelaki itu suatu hari nanti. Namun hasrat Fizah tidak kesampaian bila mendapat tahu bahawa Yusuf b Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 30.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.00 (-20%)

By Sara Irdina
Melihat perkahwinan kakaknya membuatkan Maisara menyimpan hasrat untuk tidak berkahwin terutama dengan orang kaya yang berlagak sombong.. Baginya, kebahagiaan dia apabila melihat keluarganya bahagia bukannya berkahwin dan dapat suami yang kaya raya. Tapi, apa yang dia tak nak itulah yang datang mendekat dan melekat padanya. Azriel yang muncul dalam hidupnya cukup buat dia gila dengan sikap tak faham bahasa. Apa yang dia cakap, satu pun Azriel tak ambil peduli tetap mahu dia Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 22.40 (-20%)

MEMBER: RM 22.40 (-20%)

By Reyna Ibrahim
Naskhah ini adalah diksi-diksi hati seorang ibu yang bergelar ibu, mama, umi, bonda dan seangkatan dengannya. Sebagai wanita yang bergelar ibu, sungguh sulit memperincikan perasaan yang terbenam, sukar menzahirkan apa yang bergolak serta perit menyimpan perasaan gusar tatkala melihat masa yang teramat pantas berjalan seiring dengan kedewasaan putera puteri kita. Masa yang berlalu membawa bersama detik-detik kejauhan anak-anak daripada kita (sebagai ibu mereka). Tanpa seda Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 20.00 (-20%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Fujiko F Fujio
Menyukai seseorang dalam diam? Sesiapa pun pasti ada nostalgia zaman muda tersendiri. Inilah kompilasi 13 kisah panahan cinta sejati yang mengasyikkan Learn More
USUAL: RM10.00

NOW: RM 10.00 (-0%)

MEMBER: RM 10.00 (-0%)

1-1429 of 1429

Page:
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
*

Back to Top