Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
“KITA kahwin lari ni tau!” - Muzaffar. Rasa tak sangka yang dia sanggup melakukan perkara yang pernah didengari suatu ketika dahulu. Ini semua gara-gara duit hantaran tak cukup. “Macam mana nak kahwin kalau duit hantaran yang mak nak tu tak cukup-cukup!” - Khairina. Lima belas ribu sebagai duit hantaran! Bukannya Khairina anak menteri mahupun anak raja duit hantaran sebanyak itu. Tetapi, emak mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tak mahu anaknya susah jika ditinggalkan kelak. Lelaki sekarang bukan boleh percaya. Pernikahan mereka terus menjadi rahsia, namun rahsia itu sukar dibendung apabila masalah demi masalah datang menerjah. Tambahan, emak mahukan menantu yang mampu memberikan duit hantaran sebanyak 15 ribu atau lebih. "Mak nak Rin terima dia. Bukan setakat lima belas ribu dia boleh bagi, tapi dua puluh ribu pun dia sanggup tau tak. Mak bukan nak duit tu, tapi nak Rin senang. Mak tak nak duit tu!" - emak. Bagai hendak gugur jantung Muzaffar apabila isteri kesayangan dilamar orang. Apa yang harus dilakukan? Perlukah dia berterus terang dengan mentuanya? Atau tunggu sehingga selesai majlis adiknya? "... Lagi lama kita rahsia perkara ini, macam-macam boleh jadi. Silap-silap Rin kahwin pula dengan lelaki tu!" - Khairina. Muzaffar buntu mahu membuat keputusan. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. CAPTION Dia yang sempurna, untuk diriku yang biasa...