Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Semuanya bermula sejak perkhemahan itu. Lantaran melanggar pantang larang di hutan, Nurin Cahya diganggu oleh Nenek Kebayan Wan Sari. "Wahai kecubung bunga hutan. Aku tahu engkau bunga sakti. Sebarkan harumanmu ke seluruh pelusuk hutan ini. Berilah kekuatan kepada orang yang memilikimu. Berikan aku saktimu. Aku mahu cantik! Aku mahu awet muda! Hahahaha!" - NURIN CAHYA Bukan setakat di hutan, malah sehingga Nurin pulang ke rumah juga, Nenek Kebayan Wan Sari terus menghantui hidupnya. Ke mana saja dia pergi, pasti wajah tua yang menakutkan itu muncul di hadapannya. "Cucu-cucu tak dapat lari. Nenek tua banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti. Siapa yang kena dia yang jadi..." - NENEK KEBAYAN WAN SARI