Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Aku tahu mimpi adalah manifestasi minda bawah sedar manusia. Orang selalu bermimpi fasal perkara yang pernah dialami atau ingin mereka capai. Selalunya tentang sesuatu yang memberi impak kepada emosi mereka. Macam trauma silam. Tetapi aku tak nampak langsung kaitan mimpi aku dengan apa yang aku ingin capai. Apatah lagi dengan hal yang aku pernah alami. Ya, aku tak percaya hantu. Namun aku obsesi memburunya!
Seorang introvert yang lebih senang bermain dengan imaginasi. Menggemari aktiviti seni dan bermain game. Tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis kerana cita-cita asal adalah pelukis komik. Diharap naskhah sulung ini mampu menghiburkan 'obsesi' semua. FB: Mars Lan IG: i_m_poppy Wattpad: lelakidarimarikh