Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Arianne jalani hidup macam biasa, tiada yang istimewa. Dia ke sekolah hanya untuk dapatkan keputusan sekadar cukup makan. Hinggalah berlaku suatu insiden di stesen bas yang mungkin bakal merubah hidupnya. "Kau tak suka aku ke?" "Hah?" Arianne terkejut mendengar pertanyaan Aden. Wajah lelaki itu nampak muram. "Pagi tadi tendang bola ke muka aku. Lepas tu sengaja lari dari aku. Kau memang bencikan aku ku?" Riak Aden masih mencuka. Renungan matanya bagaikan kucing dibuang tuan. "Bukan macam tu..." Adakah kehadiran Aden dapat mengisi kehidupan Arianne yang kosong ini menjadi ruang sarat dengan semangat serta cinta?
Bebanan hidup membataskan kebebasan jiwa ini. Jadi setiap hari, angan-angan yang bermain di minda diluahkan melalui karya.