Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Tian Chua, reformis yang memahat ingatan rakyat Malaysia dengan susuk tubuhnya yang kurus di depan trak meriam air berkimia pada zaman Reformasi. Naik turun mahkamah, keluar masuk lopak sudah menjadi sesuatu yang lumrah sepanjang tempoh dua dekad perjuangan politik Tian Chua. Namun, di sebalik imej berani yang ditonjolkan, Tian Chua memiliki jiwa seni yang halus. Tian Chua menggilap semula bakatnya dengan menghasilkan karya seni di sebalik tirai besi. Melalui pengamatannya, Tian Chua berkongsi kisah-kisah dalam Penjara Kajang, malah menyelami falsafah di sebalik fenomena yang berlaku. Meskipun jasadnya terkurung, Tian Chua tetap mempertahankan kebebasan jiwanya- kebebasan untuk memilih yang benar dan mulia, dan kebebasan untuk menolak yang salah dan korup.