Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
“Ingat tau girl. Kerja di sini memang kena selalu peka. Bos kita tu garang orangnya. Kalau silap sedikit, mahu bernanah telinga nak dengar dia punya kata-kata yang sinis tu.” – Lily “Err, abang... Eh, akak. Erm... Awak ni nama siapa ya?” soal Aira teragak-agak. Lelaki itu menjeling manja wajah Aira seraya meraup rambutnya yang paras bahu itu ke belakang. “Nama I, Fazli. Tapi, orang kat sini panggil I, Lily saja. Jangan takutlah dengan I, nyah. I ni tak makan orang tau. I makan nasi dengan sayur aje. Sebab tu badan dengan kulit I cantik macam ni. Come lah. Nash tu tak suka tau kalau orang lambat dalam sesi temu duga. Bak kata dia, orang yang lambat adalah orang yang tak menghormati orang lain. Huh, sarkastik kan ayat tu? Tapi, kalau dia lambat bila date dengan I, tak apa pula,” - Lily ‘Gulp. Bos aku tu bukan lelaki tulen ke? Dia kekasih Fazli atau lebih tepat si Lily ni?’ – Aira Tiada siapa sangka lelaki yang kelihatan penuh sopan santun dan peramah di kaca tv itu rupanya bagaikan ketulan ais di kutub utara. Dingin dan beku. Selain daripada sotong?! “Bunyi apa tu encik? Ada barang jatuh ke?” - Aira “Ha’ah. Barang jatuh dekat belakang I ni. You call wrong timing lah. I tengah work out dekat gim ni,” – Shakeel Anas. “La, ya ke? Maafkan saya, encik. Saya tak tahu pula encik work out malam-malam macam ni.” - Aira “Eh, tak apa. I dah biasa kena hempap dumbbell.” – Shakeel Anas. “What?! Tadi tu bunyi dumbbell ke?” soal Aira terkejut. ‘Boleh pulak budak ni percaya yang aku kena hempap dumbbell. Aira, Aira...’ – Shakeel Anas. Saat hati Shakeel Anas mula dicuit Aira, gadis itu masih lagi menganggap majikannya sebagai sonsang sehingga terjadi satu detik hitam yang membuatkan Aira nekad membawa diri dan tak akan sesekali muncul lagi dihadapan Shakeel Anas. Bertahun lamanya jejaka itu cuba menjejaki cinta hati sehingga muncul seorang kanak-kanak yang membuatkan Shakeel Anas semakin nekad untuk mendapatkan cintanya semula dan memulakan hidup baru namun semuanya bagaikan terlambat apabila sekeping hati milik Qaira Lutfia telah diserahkan kepada Ustaz Akif. Mampukah Shakeel Anas mendapatkan semula haknya walau tiada peluang lagi buatnya untuk mendapatkan Aira kembali?