Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Pernahkah kita mendengar adab duduk berguru hendaklah pelajar duduk pada jarak lima kaki? Percayakah saudara jika saya beritahu peristiwa hanya seorang pelajar sahaja dibenarkan masuk belajar dalam kelas berbanding sejumlah pelajar? Tahukah saudara, sekeping roti canai menjadi silibus pendidikan sivik dan moral? Pernahkah saudara menemui seorang gadis yang berdiri di depan rumah pada waktu pagi pada setiap hari agar peluang belajar datang ke muka pintu? Penceritaan itu terkandung dan tersusun baik dalam buku ini. Ini adalah penceritaan yang membawa para pembaca kepada perjalanan tiga orang penulis dalam menguasai pendidikan dalam pengalaman hidup mereka. Buku ini membuang ketakutan pembaca terhadap falsafah pendidikan yang dilihat sebagai perkara yang berat, teknikal dan terlalu serius.