Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
“Dan hari ni, mereka muncul tiba-tiba dan mengaku yang mereka juga sama macam aku? Di mana mereka sejak dari 9 tahun yang lalu? Kenapa tak muncul dari dulu? Kenapa baru sekarang?!” Khalis membiarkan soalan itu tergantung tanpa sebarang penjelasan. Dia meneruskan langkah ke arah kereta. “Tapi KP, Kalau betul mereka sama macam kau, bukankah lebih baik beramai-ramai dari bersendirian? Kau kata kau harung semua ni selama 9 tahun. Tapi masalah kau tetap tak selesai. Mungkin mereka semua tu boleh tolong kau,” cadang Ghazali. “Diari ni hanya ada satu, Zali. Masalah ni tetap takkan selesai pun. Bahkan makin rumit. Kalaupun aku sertai mereka, siapa yang patut aku tolong? Siapa yang mereka akan pilih untuk kembali? Yang lain-lain, takkan tak nak balik ke dunia asal mereka?” Soal Khalis bertalu-talu. Kemudian dia menggeleng. “Mereka akan saling rampas-merampas diari ni, Zali. Aku dah pernah hadap benda ni dulu. Setiap orang yang tahu tentang kewujudan diari ni, akhirnya dia pun nak juga. Aku tak boleh biar sesiapapun sentuh diari ni!”