Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Seorang pemuda tiba di satu perkampungan. Tiba-tiba disambut penuh kemuliaan. " Gunalah segala apa yang ada di kampung ini. Semuanya milikmu. Dan kami sekampung akan ikut sebarang permintaanmu." Terpinga-pinga kehairanan, tertanya-tanya mengapa dirinya dilayan sedemikian rupa. Seorang manusia yang waras pasti tertanya-tanya kenapa. Begitu gambaran di sebuah perkampungan. Bagaimana pula dengan seorang manusia yang lahir ke dunia, tiba-tiba diberikan kelebihan bahkan kemuliaan berbanding makhluk lain.Tetapi mengapa manusia dimuliakan berbanding ciptaan lain? Buku ini mengajak pembaca memikirkan mesej daripada Pencipta.