Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Kebahagiaan bukan milik mereka yang cantik tetapi milik mereka yang baik amalnya. Hidup kita ini adalah garis tanpa jangkaan. Pun begitu yang paling pasti kita sedang dalam perjalanan menuju kepada Tuhan. Itulah saat kita terangkat dari bumi, telapak kaki tidak lagi menjamah tanah. Usia kita makin larut. Esok tidak pasti ia akan bercahaya lagi. Takut-takut Tuhan sudah sediakan langkah menuju alam penuh misteri dan kain kafan sudah siap ditenun untuk dipakai pada jasad. Teruskan beramal walaupun kecil kerana kebaikan yang kita pandang remeh sangat bernilai ketika roh direntap dari jasad.