Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
mengisahkan seorang pedagang saham bernama Farhan mendapat satu perisian komputer tanpa nama yang diterimanya melalui e-mail. Siapa penghantarnya kekal misteri. Setelah beberapa kali menerima e-mail yang sama, akhirnya dia memasang perisian tanpa nama tersebut ke dalam komputernya. Sejak dari itu, hasil daripada kegunaan perisian tersebut, Farhan berjaya membuat keuntungan melalui saham sehingga RM200,000 dalam waktu yang singkat. Perisian itu mampu memberikan maklumat yang tepat kenaikan harga saham-saham di dalam pasaran saham tempatan. Apa lagi, Farhan pun enjoy sakanlah tanpa mengetahui kesan-kesan buruknya. Dalam waktu yang sama, perisian tersebut telah menyebabkan beberapa siri kematian secara mengejut kepada para pemiliknya sebelum ini. Farhan tahu tentang itu. Tapi dia belasah jugaklah (terdesak) sebab sebelum ini modalnya hampir habis akibat terkelepet dalam jual beli saham. Farhan ada kawan baik namanya Sham. Memang baik sungguhlah. Dia punya level kawan baik macam gini — sanggup mati demi kawan. Diorang berdua bekerja dalam satu pejabat dan ada masalah sikap iaitu kerja sambil lewa dan selalu masuk kerja lewat. Satu hari diorang berdua kena buang kerja. Dalam masa yang sama jugak diorang berdua berkenalan dengan adik-beradik bernama Rania dan Dayana. Rania ni aku bayangkan macam Juliana Evans. Karakternya seakan tomboy (tapi bukan tomboy), suka pakai topi besbol dan terrer menggodam komputer. Dalam pada itu, seorang peguam bernama Zahar memiliki firma guaman yang diambang muflis. Dalam keadaan terdesak, dia menugaskan Rania untuk dapat perisian tersebut untuknya. Rania sekadar menerima upah daripada Zahar dan tidak tahu menahu tentang kemampuan perisian tersebut. Sehinggalah...