Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Di dalam sesebuah organisasi, pihak pengurusan seringkali perlu menyediakan kertas kerja sebelum sesuatu agenda dilaksanakan untuk diserahkan kepada pengurusan atasan atau pihak yang berkaitan bagi tujuan penilaian. Agenda tersebut tidak kiralah sama ada untuk agenda formal atau tidak formal yang mendatangkan manfaat kepada organisasi tersebut. Justeru, buku ini bertujuan untuk memberikan panduan dan idea kepada anda tentang cara untuk menulis dan menyediakan kertas kerja pengurusan yang baik, efektif serta disaluti dengan isi kandungan yang sesuai. Terdapat sebanyak 20 contoh kertas kerja pengurusan dalam buku ini yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian Kertas Kerja Pengurusan Formal dan Bahagian Kertas Kerja Pengurusan Tidak Formal. Dengan tersedianya 20 contoh kertas kerja pengurusan yang telah dipaparkan dalam buku ini, diharapkan dapat membantu anda di luar sana yang seringkali berhadapan dengan persediaan segala kertas kerja atau cadangan di peringkat pengurusan mahupun berjuang dalam mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan dalam usaha mengetengahkah curahan idea yang bernas terhadap pembangunan syarikat atau organisasi.